Thursday, April 19, 2012

Kenapa perempuan menangis??

Dan kenapa perempuan senang menitis kan air mata walaupun kami pada zahir nya nampak kuat.

Pernah kau tahu perempuan ini sukar untuk menyatakan penyesalannya..
Pernah kau tahu. Bahawa perempuan ini seorang yang memang berhati lembut walaupun pada zahir dia keras. Pernah kau tahu bahawa setiap air mata yang mengalir itu sebenarnya membawa sejuta penyesalan.Ini kerana perempuan tidak tahu bagaimana untuk menyatakan penyesalanya.. Lalu dengan jatuh nya air mata itu menunjukan betapa dia menyesal. Sebenar nya air mata yang jatuh itu menunjukan dia benar-benar menyesal.
Pernah kah si lelaki tahu bahawa si perempuan ini menangis bukan kerana dia.. tetapi kerana menyesal ..
Menyesal bertemu dengan lelaki yang tidak benar. Menyesal kerana melakukan perkara yang menglalaikan.. menyesal kerana tidak memahami pasangan nya.. menyesal kerana dia tidak sempat melakukan apa2 kebaikan sedang kan dia di berikan kesempatan itu. Menyesal kerana dia tidak mampu untuk menytakan betapa rindu dan sayang nya pada lelaki itu sedang lelaki itu berada di depan matanya.


Wahai lelaki.. jangan kau fikir air mata perempuan itu hanya lah menyusahkan kau.. jangan kau fikir air mata perempuan itu menitis kerana dia ingin menarik perhatian kau.. dan jangan..
Jangan sesekali kau berfikir..
“ kau menyesal mengesat air mata perempuan itu”
Mungkin.. air mata itu menitis atas kesalahan kau pada dia..
Jangan kau menyesali nya.. sepatutnya..
Seorang lelaki.. kau patut berbangga dapat mengesat air mata di pipi nya. Dan kau patut bangga dapat menahan air mata itu dari mengalir.. kerana.. tugas kau seorang lelaki adalah, melindungi perempuan.. itu tercatat dalam Al-Quran.
Dan lelaki.. bukan tugas kau untuk menghancurkan dia.. menghancurkan masa hadapan dia. Buka mata wahai lelaki.. buka mata mu.. buka hati mu.. buang kan sedikit ego mu.. buang kan sedikit sahaja ego mu untuk seorang perempuan.. seorang perempuan yang melahirkan mu.. atau untuk seorang perempuan yang setia dengan mu.. yang akan menemani mu tika kau gelisah dan kerisauan.. yang sentiasa berada di sisi mu.. memberi kan semangat.. yang memberikan kekuatan tika kau lemah.. dan bertarung nyawa untuk memberikan mu zuriat.

Wahai lelaki.. tidak salah kau merendahkan ego kau untuk seorang perempuan.. kerana di setiap lelaki yang berjaya.. di belakang nya pasti ada wanita yang memberi semangat. Sayangi perempuan yang menyayangi mu.. bukan menyiksa jiwa nya dengan menangung penderitaan .. jangan kau seksa hati seorang perempuan.. kerana hati mereka sangat halus.. ibarat seutas rambut yang boleh putus bila-bila masa sahaja.

Hargai mereka. Selagi anda bergelar lelaki yang di cipta kan Allah untuk melindungi perempuan.


2 comments:

armouris said...

terjumpa info ni, juga pasal menangis… sharing is caring :) - Kenapa Perempuan Lebih Banyak Menangis

GUASHAHRUL said...

Allahamdulilah.. :D jumpa akhirnya :D hihhihii! hanya luahan hati seorang wanita .. :D hehehe :D