Saturday, August 11, 2012

Mu'allaf

Asslamulaikum..
macam biasa pembuka bicara sebelum kita mula kan sesuatu perenggan untuk bercerita mengenai tajuk hari ini. hari ini, aku akan becerita mengenai mu'allaf.

Dalam agama Islam, Mu'allaf adalah panggilan bagi individu yang bukan muslim atau bukan Islam yang mempunyai harapan masuk agama Islam atau orang yang baru masuk Islam yang imannya masih lemah. Pada Surah At-Taubah Ayat 60 disebutkan bahawa para mu'allaf termasuk orang-orang yang berhak menerima zakat.

Dalam sejarah Islam golongan mualaf merupakan orang yang paling penting dalam mengembangkan ugama Islam. Antaranya adalah golongan sahabat yang memeluk Islam dan mengembangkan Islam dengan sepenuh jiwa dan raga mereka.

Kadang kala, kehidupan Mu'allaf ini berbeza dengan kita yang muslim ini. Mereka akan mula belajar mengaji, belajar macam mana berpuasa, belajar mengenai Islam dan segala nya mengenai Islam. Ini kerana cinta mereka pada Allah.. sangat dalam.. MasyAllah! see it.. macam mana mereka yang dahulu nya berlainan agama, boleh jatuh cinta dengan Islam.. bagaimana kita yang sememang nya lahir-lahir sahaja dah Islam.. dah di azan kan atau di Iqmat.. Masyallah.. bertapa bertuah nya kita di lahirkan sebagai Islam wahai sahabat-sahabat semua.

Dugaan bagi mereka yang Mu'allaf ini sangatlah besar.. dan aku terkadang berharap mereka sabar menjalani semua dugaan Allah ini. kerana, ada antaranya masuk Islam ketika kanak-kanak lagi, ada antara nya masuk Islam tika sudah dewasa. Ada yang sudah berumur baru dia mendapat Nur Allah.. Paling besar dugaan bagi mereka untuk berdepan dengan kedua ibu bapa mereka.. ada antara mereka yang satu keluarga convert to Islam.. ada yang dia, seorang sahaja terpilih untuk merasakan tempias Nur Allah S.W.T.. MasyAllah..

Bagi aku mereka ini sangat kuat orang nyer. SANGAT.. sebab mereka mampu meninggalkan agama yang mereka anut sejak dilahirkan demi cinta nya pada Allah S.W.T.. MAsyAllah.. sedang kan kita ini terkadang tertinggal ke belakang.. Astragfirullah Al Adzim..

Paling aku suka, perbezaan pemikiran mereka. Mu'allaf ini pemikiran mereka terbuka tetapi masih mengikuti batas Islam.. Subhanallah.. Mereka berfikir mengikut edaran masa tetapi dalam masa yang sama.. masih mengekalkan Islam dalam kehidupan mereka. Mereka menggunakan cara mereka untuk membesarkan anak-anak mereka. dan tidak terkongkong seperti setengah masyarakat yang lain.

Ini kerana.. sebelum mereka memeluk agama Islam.. fikiran mereka juga terbuka untuk mempelajari Islam.. sebab itu, ketika sesudah mereka memeluk Islam. Mereka masih mengekalkan fikiran yang terbuka ini. Macam yang aku cakap tadi.. masih mengawal batas-batas Islam.

Kalau di tanya perasaan mereka setelah memasuki Islam.. pastinya mereka merasa jiwa yang tenang. Mereka merasa ketenteraman jiwa yang selama ini mereka cari.. Ada antara mereka yang telah menjadi ahli ulama lagi tu.. MasyAllah.. bahagia hidup mereka.

Why, I'm story about Mu'allaf.? because.. I'm proud to say.. that I'm a daughter to a Mu'allaf.. She rise me
 with her own style not like some other people .. My mum was open minded people, but she still use the Quran and Hadith in our daily life.Bukan itu, sahaja.. dia juga merupakan seorang pengurus jenazah di kawasan perumahan kami. Allahamdulilah :D


Mazlinah Sintum Abdullah <3    


* tahniah menjadi seorang Mu'allaf yang membesarkan 6 orang anak yang bermacam karenah kami.. jika kau di jemput Ilahi.. aku tidak akan lupa doa kan kesejahteraan kau di sana .. :')  *

Saturday, August 4, 2012

kahwin muda

Assalamulaikum..

hye~ bertemu lagi kita di blog yang agak bosan ni ( aku tahu sebab ranking blog aku hanya 2 bintang setengah..) gagagaga.. okay.. entri kali ini.. tajuk kahwin muda..

erm.. macam dah jadi tren tau kahwin muda ni.. heheh.. ramai aku tengok anak-anak muda yang baya aku.. or bawah aku yang dah berkahwin.. pada permulaan nya.. aku memang memandang remeh benda ni. aku fikir kahwin muda ni sangat tidak meng enjoy kan diri aku.. (haa..nampak tak kerosakan bahasa melayu di situ??) ye lah.. aku ni jenis yang suka keluar dengan kawan2 terutama sekali kawan lelaki.. so, peluang untuk melepak balik dengan dorang sangat nipis. pergi mana-mana semua kena bagi tahu kat suami kita.. hidup terkongkong.. lebih kurang macam tu ar aku rasa untuk perkahwinan ini.. kira aku fikir.. perkahwinan ini, tujuan nya mengikat perempuan dari kebebesan. MasyAllah.. sampai ke situ aku fikir kan?? teruk tak aku dulu.. ( itu menunjukan aku ni kaki jimba-jimba dulu )

Tetapi.. setelah aku meningkat dewasa ini, dan aku mula bercinta ( dan di tinggal kan cinta ) aku terfikir, apa erti sebenar perkahwinan itu. erti sebuah perkahwinan itu, adalah penyatuan anatara seorang adam dan seorang hawa dan membina masjid bersama di atas keredhaan Yang Maha Esa. paling aku suka.. perkahwinan ini dapat mengelak kan maksiat. (hey~~ kan bagus untuk mereka)

tetapi..  kahwin ni bukan suka-suka tau.. fikir apa.?/ macam kita main kahwin2 masa kecik2 dulu tu?? macam tu?? bukan.. perkahwinan memerlukan tanggung jawab yang besar. seorang lelaki yang dah bersedia menangung tanggujawab sebagai seorang ketua.. bukan di bumi sahaja. tetapi di akhirat.. :D

bukan senang tau tak, nak jadi seorang suami ini.. haa.. so, pada anak2 adam kat luar sana atau yang sedang baca ini. persiap kan diri mu. menjadi seorang khalifah dalam keluarga, membentuk sebuah keluarga yang berlandaskan syariah Islam. InsyaAllah.

10 kelebihan berkahwin muda  (aku dapat dari internet) :

1. Tuntutan Agama
2. mengelakkan maksiat tak zina
3. menjadi lebih bertanggungjawab
4. menimbulkan ketenangan jiwa
5. fikiran lebih matang
6. membaiki diri
7. plan jangka panjang
8. seks yang lebih berkualiti
9. rezeki bertambah
10. jangan tunggu lama-lama.

haa... nampak tak kelebihan berkahwin awal? banyak kan.. haaa.. tapi, sekarang ni orang kita fikir siapa ajer anak muda yang kahwin muda akan cakap macam ni :

"haa.. tu dah gatal bijik lah tu nak kahwin muda.."

"nampak sangat mengatal.."

"dah terlanjur lah tu.. dah mengandung baru nak bernikah"

"apa lah kahwin muda.. gatal betul mereka ni."

see?? macam mana ia boleh berlaku?? sebab pemikiran kita sebagai orang melayu sekarang ni makin tertutup. itu lah dia.. haih~

okai.. saya akhiri blog saya kali ini dengan waltaufikwalhidayah wasalamulaikumuwarahmatullah hiwabarakatu~~ Love from shahrulbadrinashahbudin




"syg cakap.. syg nak kahwin masa umur 20 berapa entah.. b tunggu :P "

Wednesday, August 1, 2012

Suara hati seorang pengdosa

Ya Allah… aku terasa diri ini tidak layak untuk menjadi bidadari syurga.

Allahu, aku merasa diri ini tidak layak di gelar muslimah yg sejati…

Allahu…! Jiwa aku terseksa ya Allah… aku terseksa sgt… batinku menjerit kesakitan ya Allah… besarnya dugaan ini ya Allah… besarnya dugaan yg kau beri pda hambaMu yg lembik ini YaAllah…! Aku sentiasa diburu dosa semalam… tidur ku tidak selena tidur mereka… solat ku tidak se kuhsyuk solat mereka… p'jalanan hidup aku tidak seindah seperti hidup mereka…
KENAPA AKU YA RABBI!!

Aku tidak mampu, untuk melupakan semuanya. Dosa ini seakan mengejar ku! Mengejar aku untuk terus melakukan nya! Allah! Ampuni aku ya Allah!

Sehingga t'kadang,aku t'fikir… aku lagi rela MATI ya Allah dari menanggung dosa ini…! Tetapi aku takut sesak kubur . Aku tidak betah pda bahang di dunia ini apatah lg di NERAKA JAHANAM ya Allah~

ALLAH!
ALLAH!
ALLAH!

Kau bagilah petunjuk untuk aku melupakan semua ini! Berilah aku petunjuk… aku terima walaupun sakit untuk aku menanggung… kerana aku percaya, sakit itu anugerah dariMu yaAllah untuk menghilang kan dosa2 kecil ku…

Allahu…
Berilah aku kesempatan untuk merasa nikmat muslimah. Sebelum diri ini menghembuskan nafas terakhir…
Aku ingin hidup bahagia seperti mana aku melihat gadis muslimah… yang Allah menjanji kan syurga untuk mereka… mungkin ad yg bkal bidadari syurga…

Biarlah ini menjadi rahsia antara aku dan Allah … aku tidak akan b'cerita pada sesiapa walhal,kedua ibu,bpaku "maaf kan aku ini,si anak derhaka…"
Aku sudah penat mengaibkan diri d hdapan sahabat2