Saturday, August 11, 2012

Mu'allaf

Asslamulaikum..
macam biasa pembuka bicara sebelum kita mula kan sesuatu perenggan untuk bercerita mengenai tajuk hari ini. hari ini, aku akan becerita mengenai mu'allaf.

Dalam agama Islam, Mu'allaf adalah panggilan bagi individu yang bukan muslim atau bukan Islam yang mempunyai harapan masuk agama Islam atau orang yang baru masuk Islam yang imannya masih lemah. Pada Surah At-Taubah Ayat 60 disebutkan bahawa para mu'allaf termasuk orang-orang yang berhak menerima zakat.

Dalam sejarah Islam golongan mualaf merupakan orang yang paling penting dalam mengembangkan ugama Islam. Antaranya adalah golongan sahabat yang memeluk Islam dan mengembangkan Islam dengan sepenuh jiwa dan raga mereka.

Kadang kala, kehidupan Mu'allaf ini berbeza dengan kita yang muslim ini. Mereka akan mula belajar mengaji, belajar macam mana berpuasa, belajar mengenai Islam dan segala nya mengenai Islam. Ini kerana cinta mereka pada Allah.. sangat dalam.. MasyAllah! see it.. macam mana mereka yang dahulu nya berlainan agama, boleh jatuh cinta dengan Islam.. bagaimana kita yang sememang nya lahir-lahir sahaja dah Islam.. dah di azan kan atau di Iqmat.. Masyallah.. bertapa bertuah nya kita di lahirkan sebagai Islam wahai sahabat-sahabat semua.

Dugaan bagi mereka yang Mu'allaf ini sangatlah besar.. dan aku terkadang berharap mereka sabar menjalani semua dugaan Allah ini. kerana, ada antaranya masuk Islam ketika kanak-kanak lagi, ada antara nya masuk Islam tika sudah dewasa. Ada yang sudah berumur baru dia mendapat Nur Allah.. Paling besar dugaan bagi mereka untuk berdepan dengan kedua ibu bapa mereka.. ada antara mereka yang satu keluarga convert to Islam.. ada yang dia, seorang sahaja terpilih untuk merasakan tempias Nur Allah S.W.T.. MasyAllah..

Bagi aku mereka ini sangat kuat orang nyer. SANGAT.. sebab mereka mampu meninggalkan agama yang mereka anut sejak dilahirkan demi cinta nya pada Allah S.W.T.. MAsyAllah.. sedang kan kita ini terkadang tertinggal ke belakang.. Astragfirullah Al Adzim..

Paling aku suka, perbezaan pemikiran mereka. Mu'allaf ini pemikiran mereka terbuka tetapi masih mengikuti batas Islam.. Subhanallah.. Mereka berfikir mengikut edaran masa tetapi dalam masa yang sama.. masih mengekalkan Islam dalam kehidupan mereka. Mereka menggunakan cara mereka untuk membesarkan anak-anak mereka. dan tidak terkongkong seperti setengah masyarakat yang lain.

Ini kerana.. sebelum mereka memeluk agama Islam.. fikiran mereka juga terbuka untuk mempelajari Islam.. sebab itu, ketika sesudah mereka memeluk Islam. Mereka masih mengekalkan fikiran yang terbuka ini. Macam yang aku cakap tadi.. masih mengawal batas-batas Islam.

Kalau di tanya perasaan mereka setelah memasuki Islam.. pastinya mereka merasa jiwa yang tenang. Mereka merasa ketenteraman jiwa yang selama ini mereka cari.. Ada antara mereka yang telah menjadi ahli ulama lagi tu.. MasyAllah.. bahagia hidup mereka.

Why, I'm story about Mu'allaf.? because.. I'm proud to say.. that I'm a daughter to a Mu'allaf.. She rise me
 with her own style not like some other people .. My mum was open minded people, but she still use the Quran and Hadith in our daily life.Bukan itu, sahaja.. dia juga merupakan seorang pengurus jenazah di kawasan perumahan kami. Allahamdulilah :D


Mazlinah Sintum Abdullah <3    


* tahniah menjadi seorang Mu'allaf yang membesarkan 6 orang anak yang bermacam karenah kami.. jika kau di jemput Ilahi.. aku tidak akan lupa doa kan kesejahteraan kau di sana .. :')  *

No comments: