Sunday, October 26, 2014

Berpidato ibarat pidato hebat.

Cantik betul bahasa kau. Berbicara mengenai jodoh dan semua yang kau tahu.

Ehh, mari lah. Mencuba kasut aku. Mungkin sudah koyak atau lusuh. Tapi aku berjaya jahit nya. Mungkin kau akan mencuba.

Apakata kau pakai kasut ku?

Lihat saja sudah koyak. Tapi kau pasti aku tidak merasa kikir jalan aku lalui?
Kau pasti aku tidak melecet lagi walaupun sudah di jahit seribu kasut itu?


Nahhhhhhh~ kau cuma pidato yang berlagak seperti ustaz. Bicara ilmu seperti hebat.




Tapi kau tidak mahu berjalan dengan kasut buruk ku. Kerana apa? Kerana kau hanya pidato yang hanya menyebarkan ilmu Tuhan! Tetapi tidak merasa nikmat ilmu Tuhan.

Monday, September 29, 2014

Siapa tuhan mu?

Di kala manusia mengatakan kau ego, kau turun kan sedikit untuk menyenangkan mereka.

Di kala manusia mengatakan kau amarah sang api,
Lalu kau melumpuhkan api dengan air setenang tasik dalam.

Di kala manusia mengatakan kau bodoh,
Kau genggam ilmu di tangan sehingga jadi bara api kesumat.

Di kala manusia memperjudikan maruah kau,
Kau mencuba menarik selimut sang pelangi ke tubuh. Bagi kelihatan indah di mata manusia.

Bodoh apa engkau? Bodoh apa manusia itu?


Engkau pasti dengan keputusan engkau itu?
Ahhh! Persetankan kata manusia itu. Dia bodoh. Dia bukan Tuhan.


Dan siapa Tuhan mu?
Duit.
Dan siapa Tuhan mu?
Ego.
Dan siapa Tuhan mu?
Kekayaan.


Dan kerana wang itu Tuhan mu. Kau lupa kau dari secalit tanah lumpuh di kaki engkau itu.

Bangsat!

Aku ini kalangan orang kaya tidak sekali aku di cipta kan dari tanah secalit ini.


Celaka lah engkau kerana menolak ajaranNya.

Dan kau hebahkan ego kau. Berkata Tuhan beri aku ego kerana aku lelaki berkuasa. Syurga engkau di kaki aku.

Sujud lah perempuan ku!


Bangang! Tuhan perempuan itu mencipta kan mereka bukan untuk sujud di kaki engkau! Dia itu di wujud kan untuk melengkap hidup engkau. Menampal kelemahan engkau. Durjana engkau!



Akan engkau kuburkan diri engkau di keranda bertahta berlian dan emas. Kerana Tuhan engkau mahu engkau mati bersama kekayaan engkau. Akan engkau di tanam bersama emas dan permata yang engkau sujud.

Buta mata kau. Emas dan permata itu hanya hiasan yang Tuhan aku bagi untuk menundukan kau bersyukur pada Dia.
Malang, kau bersujud pada kekayaan dunia. Bodoh kalian itu.




Manusia..
Engkau hamba.
Engkau di cipta kan dengan tanah yang engkau pijak.
Engkau itu sempurna semua nya.
Engkau itu hamba.

Aku hamba? Hamba pada apa?!





Hamba pada Allah swt.
:)




Saturday, August 23, 2014

Cik ina.

Sometimes i being bitch with you. I being annoiying to you. Its hard to deal with you. You teach me, become a strong women, but i idol other person not you.

Now, you old already and I get mature day by day. I started to busy with my friends and job. Talk about how fuck the smell of money. 

We are not talking about all the fucking rude people out there. Gossip about all the bitches that make me sick. We rarely lepak at dapur. Act like we are on the TVs show. AFC is our favorite channel eventho you like animal planet more than AFC channel. And abah will comment ;

"tak habis2 tengok binatang!".

We also crying together when watch the animal die. Damn! I Hate that part!. Then you will give your summary about the TVs show. I hate to hear it. But you keep summaries it. --'



I never say I love you everyday to you. Like I did with my ex. I rarely update about you in my social life. I keep edit about stupid fucking things. But, you pernah cakap;
"Geli aku tengok mak dengan anak manja macam tu!"

i know mak. You want it to kann?? Then I keep hug you. Every time I hug you. You will said;

"Semak lahh! Rimas aku dengan orang macam kau ni!"




Mak. We also speak alien language! Until syazyan said;
"bahasa Alien dah keluar "

You always said "aloalo telebu terpenawt keww. Apaat. Apattt. Mehh. Apatt. "



When I get tired. You love to kacau me rest. Pulling my leg, blocking my way, Yelling to my ears. Grrrrrrrr! when I get angry. You will said;
"Jangan tension. Saje aku kacau kau. "





Mak ,I know you try to make me laugh. Damn!




Let we race, who will leave this world first. You or me? If Allah love me more than He love you Mak. Keep praying for your insane daughter. Make sure you not crying on my grave. Every time you memorizing me. Keep Al-Fatihah for me mak.

Mak,


You told me. If you die.
Don't cry.
Keep bathing you.
Don't cry.
Keep kapan kan you.
Don't cry.
Follow you until tanah kubur.
Don't cry.

You know mak. I try. I try be strongest like you.  If I failed. I'm sorry mak.




Sincerely

Ur fucking insane daughter.

*Mak I know you not gonna read my blog. Haha. So I can kutuk you at here. Muahahahaha! Sorry mak. I promise i never be 'Anak yahudi' to you"  :*

Friday, August 15, 2014

Aku perempuan.

Nama aku shahrul dan aku perempuan.

Aku perempuan. Aku perempuan.

Kenapa aku ulang dua kali aku perempuan? Sebab aku adalah perempuan.



Aku berjiwa lembut. Tapi tak mampu nak zahirkan kelembutan itu.

Aku punya hati yang kecil. Bila sekali retak susah nak baiki.


Sebab…




Aku perempuan. Aku perempuan. Aku perempuan.





Jiwa aku meminati Ducati si gagah, Harley Davinson yang sangat romantik and si G - Force yang nakal di hujung mata. Tapi hati memendam rasa dan bercinta dengan si Ex5 Honda.






Aku meminati si tinggi vincci. Itu yang aku mampu beli. Bawa aku ke syurga kasut tumit tinggi. Aku seperti hanyut dalam buaian seruling indah. Bawak aku ke promosi berdekatan. Aku seperti terkena pukau!
Ade orang cuba nak kenal kan aku pada si snikers. Ermm. Hati ni tak berbunga seperti berjumpa kasut tumit tinggi.






Boleh tak aku menunggang dengan tumit tinggi?






Boleh??






sebab aku kan perempuan! Aku perempuan. Aku perempuan.















Dan.

Kerana aku perempuan.























Dan.
Aku sakit.






















Aku di sakiti lagi.  :)


Sebab aku adalah perempuan. :)

Tuesday, July 22, 2014

Tenggelam nya Kapal Van Der Wijck.







Film Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck berkisah tentang kasih tak sampai antara sosok pemuda tampan berdarah Minang-Bugis bernama Zainuddin diperankan Herjunot, dengan dara cantik Hayati (Pevita Pearce), perempuan yang murni keturunan Minang.

Aziz jatuh cinta kepada Hayati yang juga keturunan Minang. Ia dan keluarganya pun melamar Hayati. Meskipun pertunangan tersebut disetujui oleh kedua belah pihak, namun sebenarnya cinta Hayati hanya untuk Zainuddin (Herjunot Ali), pemuda berdarah campuran Minang dan Bugis.

Karena berdarah campuran, Zainuddin dianggap tak bertalian darah dengan kerabatnya di Minang. Karena merasa terasingkan, Zainuddin sering curhat pada Hayati lewat surat hingga akhirnya mereka saling jatuh cinta. Seiring berjalannya waktu, Zainuddin pun memutuskan pindah ke Padang Panjang sesuai permintaan ibunda Hayati.

Namun sebelum berpisah, Hayati dan Zainuddin berjanji untuk saling setia. Namun, Hayati terpaksa menikah dengan Aziz. Mendengar pernikahan itu, Zainuddin geram dan pergi ke Surabaya. Di sana, ia menjadi penulis terkenal dan hidup berkecukupan.

Ternyata Aziz dan Hayati juga pindah ke Surabaya karena tuntutan pekerjaan. Lambat laun, rumah tangga mereka di ambang kehancuran, ditambah lagi Aziz dipecat dari pekerjaannya. Hayati bersama Aziz yang mulai hancur karena dihantam berbagai masalah lalu menumpang hidup di rumah Zainuddin. Di balik kebaikan Zainuddin itu, sebenarnya dia masih sakit hati kepada Hayati yang dulu dianggapnya pernah ingkar janji.











Saturday, June 28, 2014

Hye ramadhan.

Wats up ramadhan?? Allhamdulilah kite bertemu mengikat kasih bersama semula. Setelah lama kau pergi akhirnya kau datang kepadaku.

Hai ramadhan.

Kali ini aku terasa kelainan. Sungguh lain.
Tahun lepas aku menyambut mu dengan jeritan kesakitan ku seawal subuh. Tahun ni nampak nya aku menyambut mu dengan demam ringgan.

Ramadhan penyeri tahun. Kalau ade kat kolej ni. Aku dah dengar dah lagu raya berdendang dari kedai KawanMu tu. Macam- macam lah lagu raya. Plan berbuka dengan geng tininahdahrul. Plan berbuka dengan my ex. And everything. Haha.

for this ramadhan. Kerja, kerja, kerja,  kerja. Demam memang dah menyambut aku sebelum ramadhan lagi. Tahun lepas denggi. Syukur tahun ni demam biasa.

So, ramadhan. Macam biasa plan berbuka dengan tininahdahrul or mana-mana member akan ada jugak. Berlainan tahun ni, aku tak payah sesak kan otak nak berbuka dengan ex aku tu. Or nak layan karenah lapar die time kat bazaar.

Oh! Talk about bazaar. Ermm. WAJIB singgah bazaar kat puchong prima.. balik kerja singgah terus. Haha. *Tak terasa awal ke?*

Then… malam raya kalau tahun lepas dok mengadu domba kat ex. Now, malam raya aku pergi shopping giler katak. Muahaha!

Ramadhan bulan di mana jin and syaitan kena ikat. Nafsu je tinggal. Roh-roh dalam kubur sedang bergembira. Cuti dari seksaan kubur. Ada yang akan ke bumi melawat keluarganya. Aku harap opah and atok yang kat perak datang tengok cucu dia ni. Nenek and datuk di sabah yang tak pernah bersua muka datang lah tengok cucu yang asyik sakit je ni. Ahakss!

Pape hal pun. Salam ramadhan. Make your ramadhan be bless and fun.

Tuesday, June 24, 2014

Nasib perempuan

Nasib perempuan.

Lelaki nak bakal isterinya seorang yang lemah lembut.
Lelaki nak bini die seorang perempuan yang bertudung labuh,litup.
Lelaki nak bini die pandai masak, pandai jaga anak2. Bahasa lembut.
Lelaki nak bini yang penyayang. Penyabar tahap petala ke lapan.




Bila di soal

Habis perempuan yang tak pakai tudung macam mana??

Jawapan nya. "Ouh… kalau perempuan macam tu buat jadi enjoy boleh lah."

Habis perempuan yang pakai baju seksi2 macam mana??

Jawapan nya. "Pelepas sanggap je tu… nak buat bini memang tak lah. Aku dah try"

Habis yang panas baran tu?? Yang kasar tu??

Jawapan nya "ish!! Perempuan banyak lah kat dunia! Buat ape aku nak stay kat sorang perempuan giler macam tu?! "

Aku cakap "JAHANAM KAU!"

Okey. Kang kalau aku sembang lebih korang akan cakap,

"Salah perempuan! Sape suruh tak tutup aurat! Dedah sana,sini!"

"Perempuan yang salah tak jaga maruah diri!"

"Perempuan yang nak dirinya di rogol! "

"Sape yang mulakan mengoda! Perempuan! "

Semua perempuan lah?? Asal kau tak salah kan mak kau yang perempuan juga sebab lahirkan kau kat dunia?
Cakap aku kurang hajar? Whatever.

Lelaki, kau sedar diri tak??
Aku tak nak bash kau tau. Tapi, take a look first at yourself. Pergi cermin weh. Cermin.



Kau ingat lagi kau pernah layan anak pak dolah ?? Kau ngorat die. Sampai die jatuh cinta,jatuh katil kat kau. Tapi kau pergi nikah dengan siti yang berkelulusan ustazah. Dalam masa yang sama kau dah jahanam kan maruah anak pak dolah tu.
*Rekaan semata-mata*

Ape kau expect kat situ bro?? Kau dah jahanam kan anak dara orang, pahtu pergi cari gadis bertudung yang manis sampai kau kencing manis, lepastu nikah macam muka bahagia giler cadburry?? Siti bunuh diri sebab tertekan. Kau lelaki cakap die bodoh? Macam tu?



Bro, kau lelaki. Ada adik perempuan, ada kakak, bakal ada anak perempuan and bakal beristeri. Kau kena ingat. Benda yang kau buat pada perempuan lain akan terjadi jugak dalam hidup kau. Tak kira yang mana satu perempuan dalam hidup kau.


Perempuan seksi ke,
Panas baran ke,
Tak bertudung ke,
Kurang hajar ke,
Garang ke,
Manis ke,
Kelat je,
Tawar ke,

Die tetap perempuan. Die yang bakal mengandung benih kau. Tak kira siapa die. Tugas kau, TANGGUNG JAWAB  bukan ego bodoh kau!


Masa aku jumpe kau dulu banyak kekurangan. Tapi aku terima kerana aku berpegang pada ayat



"boleh jadi Allah menemukan kau pada seseorang yang tak sempurna supaya kau menyempurnakan nya "

Perempuan memang ramai sekarang. Lelaki kurang. Kau jangan tunjuk taring. Sebab itu petanda kecil kiamat. Bukan untuk kau naik kan ego haprak kau.

-sekian--

Friday, June 13, 2014

Bertuhan kan EGO

" sekali aku dah ludah. Aku tak kan jilat balik! "

Pernah dengar ayat orang macam ni? For sure pernah. Aku dulu pun pernah cakap macam ni. Then, kau tahu ape jadi lepas tu? Aku jilat balik ludah aku.

Kau tahu pasal ape? Sebab Allah tak suka umatNya ego! Allah turun kan ujian. Ujian sampai aku jilat balik ludah aku tu.

Nampak?

ego. Senang. Ego. Kau bertuhan kan Allah atau ego? Mesti jawab Allah. Kau tahu pasal apa? Pasal kau takut api neraka. Takut nanti org tuduh kau ni murtad. Takut nanti kehormatan orang pada kau hilang. Begau!

Cuba kau tengok diri kat cermin. Ade tompok dosa kan? Dosa itu pulak, kau tak nampak. Kau tahu sebab ape tak? Sebab kau ego!

Apa lahh yang kau dapat dari ego kau? Kemenangan? Penghormatan? Sanjungan?! Bahalol!

kau cuba sedar diri. Kau buat dosa. Dosa yang sama kau ulang setiap hari. Lepas tu, setiap hari kau minta Ampunn dekat Allah. Allah Maha Pengampun. Dia ampun kan dosa kau. Ada kau fikir?

Manusia lain buat salah kau buang dia macam hina sangat. Then die try buat baik tapi kau balas najis! Ape kau buat? Kau menang kan ego kau.

Woi! Kau bertuhan kan ego ke?! Esok lusa, ego tu yang akan jawab soalan malaikat dalam kubur?? Hebat kau! Hebat.

" tak semua manusia dalam dunia ni dapat peluang kedua"
Okey. Kau hampir-hampir accident . Alhamdulillah, kuasa Allah. Kau selamat. Itu bukan peluang kedua ke?
Lagi.
Kau kemalangan. Doktor cakap kau nyawa-nyawa ikan. Tapi kuasa Allah. Kau hidup seperti biasa.
Itu bukan peluang kedua ke?? 
SOooo? Ape kejadah nyer kau yang HAMBA ALLAH tak bagi manusia yang sama-sama HAMBA ALLAH dengan kau peluang kedua. ??

Aku tahu sebab ape. Sebab ego!
Aku pernah melalui fasa seorang wanita ego. Dan kau tahu sebab apa aku jadi ego. Sebab aku pendendam. Last Allah bagi aku peluang. Aku cube memperbetulkan peluang yang ada. Allahamdulilahh. Ego aku berkurangan. Walaupun aku terkandas. Tapi aku tahu. ALLAH tahu niat ego aku itu untuk ape.

Pesanan pada yang "kaki ludah xnak jilat balik" tak pe. Tak nak jilat balik tak pe. Tapi ludah lah di tempat yang sepatutnya. Supaya air liur yang kau ludah tu, boleh hilang dalam keadaan baik. Dan kauu.. tak perlu menjilat semula.

Assalamualaikumm.

Thursday, June 12, 2014

Lesson from Maleficent

Maleficent use to be a innocent girl. She fall in love with one boy. On her 16 birthday. Maleficent receive a kiss as the present. The truth love kiss. That what the boy said to her.

After a long time. The boy seems forget about her. But, maleficent didn't. She still waiting for him. Suddenly, when he come back to maleficent. He come with a plan. A plan to kill her. But, he fail to kill her. Then what happen next? He stole the wings from maleficent. 

She start to come over her life. Then, maleficent a girl with innocent face become to a devil fairy.

All because of the greedy ,egoism and betray from a man. Love is actually a sweet things ever. And love also make us feel alive. But when the person that we love is betraying us it's feel like, being dead while you still breathing.. appreciate the person that really love you. And don't ever trying to find someone who better than ourself. 



Sunday, June 1, 2014

Engkau lelaki. Ambil tahu.

Engkau lelaki. Ambil tahu yang perempuan di cipta kan bukan untuk pemuas nafsu lelaki kau. Bukan untuk menjadi hamba abdi kau. Bukan untuk menjadi pengasuh kau. Bukan untuk menjadi pelepas amarah kau. Bukan untuk di jadi kan alat mainan kau.

Ego kau tu bisa bawak ke syurga? Ego kau itu bisa memonopoli tanggungjawab yang kau pikul? Ego tu, kau boleh bawa masuk kubur? Ego engkau itu boleh membina keutuhan keluarga engkau di syurga?

Kalau ya. Engkau lelaki hebat. Hebat pada ego. Bukan pada diri kau.

Di setiap kejayaan kau. Siapa pendukung kau? Keringat yang mengalir, air mata yang tidak kering, dahi yang tidak henti berkerut kerisauan. Siapa dia??

Itulah wanita kau.
Ibu kau.
Isteri kau.
Kekasih kau.
Adik kau.
Kakak kau.

Dan siapa ego kau pada waktu kau mengelupur mencapai kejayaan??

Perempuan itu. Bukan sahaja penghias dunia. Tidak kira dia solehah atau tidak. Dia tetap perempuan. Jika aku persoal kan. Apa status wanita yg ada di sisi kau kini?

Mungkin ibu,
Mungkin adik,
Mungkin kakak,
Atau.
Mungkin isteri,
Mungkin juga kekasih kau.

Jika die kekasih kau. Adakah kau berniat untuk bernikah dengan dia?? Atau sekadar bahan tontonan kepada sahabat yang kau puja? Atau mungkin  pelempias nafsu kau??  atau kau jadikan dia pelepas amarah kau? Siapa dia pada kau?

apa selepas kau gauli nya. Lalu kau bosan, kau penat, kau lelah, kau marah, kau benci kau tinggalkan dia kemudian mencari yang lain. Dengan alasan kau "wanita kini banyak. Apa guna aku bergantung pada satu?" Jika dia isteri kau "dia akan dapat balasan payung emas di syurga nanti"

Hebat alasan lelaki mu itu. Hebat. Sehebat ego mu. Ego yang kau puja. Sahabat yang kau sanjung.

Dan wanita yang kau gauli itu kau tinggal kan.

Kau lupa keringat dia menjaga hati kau. Menjaga keperibadian kau.
Kau lupa air mata yang dia mengalirkan bersama kau.
Kau lupa dia menyanjung mu dalam diam walaupun dia tidak pernah pamerkan.

Engkau itu lelaki. Ego itu kuasa mu. Sahabat itu dunia mu. Tanggungjawab itu bukti kesanjungan kau.

Padahal. Kau lupa. Sebelum kau berjumpa dengan seorang wanita itu. Kau menganggap diri kau itu seakan kucing kurap di tepi jalan. Perempuan itu kutip kau. Bela kau. Bagi makan. Manja kan kau. Kutip najis kau. Membawa kau berjalan.

Dia tidak akan mengari kau. Kerana dia tahu. Kau ingin kan kebebasan.

Tapi..

Bila kau menjadi indah di mata manusia di luar sana. Kau mendesis pada perempuan itu, kau gigit dia, kau kencing di wajah nya. Lalu kau pergi.

Hebat dan perkasa kau lelaki.

Wednesday, May 21, 2014

Hey si penipu lara

Kau bisa sahaja menghebahkan kata-kata yang menyinggung perasaan aku. Aku bisa sahaja mengaplikasikan sakit hati ku pada fizikal kau.

Perlu ke kau hebah kan diri kau sudah move on. Dear engkau si penipu lara. Hidup lah kau.

Hiduplah kau bersama rakan yang kau puja kan.

Cukup lah kau sakiti aku. Dengan kata-kata kesat kau. Perlakuan kasar mu. Dengan senyuman sinis kau seakan mengertawakan diri aku yang bodoh pernah menyanyangi diri kau.

Tak usah kau hebah kan diri kau sudah mengecapi kebahagian kau.

Tolong kali terakhir fahami diri aku yang sedang menderita sakit. Jangan kau tambah kan sakit yang sedia ada dalam diri aku.

Sekali kau kata aku gila, lihat diri kau semula. Perlakuan kau seakan menghina aku sebagai perempuan dalam hidup kau. Kerana itu aku dari seekor kucing yang jinak bertukar ke singa kelaparan.

Aku rayu tolong jangan tambah kan sakit yang aku sedia ada.  :')

Tuesday, May 20, 2014

Marah itu sifat syaitan.

Marah itu macam api rasa nya. Bila kau marah. Badan akan panas, muka akan merah. Jantung kau akan berdegup laju. Fikiran jadi serabot.

Bila kau marah. Kau hilang semua. Hilang cara berfikir seperti manusia biasa. Kau berfikir macam binatang. Otak kau hilang kawalan. Fizikal kau hilang kawalan. Hati kau mati.

Syaitan mula berpesta melihat kau marah. Si sabar hilang tidak kau kenali. Manusia di hadapan kau perlu kau hapus kan. Syaitan berbisik. Otak memanipulasi kan. Dan fizikal badan kau bertindak.

Syaitan mula menari gembira. Akhirnya anak adam mengikut hasutan nya. Anak adam itu lupa pada istighfar dan tasbih Allah.

Dan mati.

Mati semua perasaan itu. Seperti orang itu mati. Dendam hilang berganti penyesalan. Baru aku tahu. Langit berdentum tanda Allah mahu memanah aku kerana aku khianati Nya.

Marah itu sifat nya syaitan. Bila kau ikut syaitan. Kau pun akan jadi macam syaitan. Ingat kalian, Allah Maha Adil. Biar orang buat kita. Jangan kita buat orang.

Pada kau,aku doa kan kau tak akan merasa bahagia dengan mana-mana perempuan selagi aku tak maaf kan kau. Kau akan rasa sakit yang aku rasa kini. Tapi, aku doa kan. Sakit kau lebih teruk dari aku.

"Allah dengar doa orang yang di khianati…"

Monday, May 12, 2014

Letih

Terkadang. Aku mengeluh. Kenapa harus aku yang merasa sakit ini semua. Derita ini semua. Aku mampu merasa bahagia sesaat dua. Kemudian datang ujian lagi pada aku.

Kenapa mereka tidak merasa seperti aku merasa.

Kemudian kawan aku datang. Beritahu "kau bersyukur Allah sentiasa bagi kau ujian tanpa henti. Sebab die sayang kau lebih. Orang lain kena berusaha mendapat sayang Allah. Tapi kau, Allah dah perhati kan kau dari kau lahir ke dunia. Tabah shahrul. Tabah. Ini baru sikit untuk kau. Ada besar lagi dugaan Allah nak bagi kau. Allah akan beri ujian pada hambaNYA yg kuat. Kau kuat. Sebab tu Allah bagi terbaik untuk kau..."

"sedang aku yang kuat tak mampu nak hadap macam kau hadap…"

Sunday, May 11, 2014

Selamat Tinggal dunia Pondan ku

Assalamualaikum.

"Selamat tinggal dunia Pondan ku."

Korang ingat aku ponda ke? maksud aku kat sini. Aku yang dulu adalah pondan. memberi hati pada seseorang dan bergantung hidup pada dia. Padahal aku tahu ada yang di Atas. Pelupa!
so aku ucapkan pada diri aku. "selamat Tinggal dunia Pondan ku"

Tuesday, May 6, 2014

Berubah

Doa Ku Untuk Mu
.
Berubah itu payah
Bila niat bukan kerana Allah
Bila hati masih gundah
Bila syaitan membisik mudah
.
Berubah itu payah
Bila diri masih tabah
Bila hati mula berubah
Bila manusia memandang rendah
.
Berubah itu payah
Bukan semudah berkata madah
Tapi sejauh mana kaki melangkah
Sekuat mana mengekalkan istiqamah
.
Berubah itu payah
Bila manusia tak henti menyalah
Bila teman sudah tak kisah
Bila teman disisi tiada sudah
.
Berubah itu payah
Namun segalanya tak susah
Mudah bila kerana Allah
Mudah bila kena pada kaedah
.
Berubahlah walau payah
Walau manusia sudah tak endah
Kerana ajal dijangka susah
Takut bila tak sempat berubah
Kelak akhirat merana tak sudah
.
Berubahlah
Segalanya pasti indah
Jika ikhlas kerana Allah
Segalanya punya hikmah
.
Berubahlah
Jika tidak dirimu parah
Kelak menyesal tak sudah
Jangan menyerah bila susah berubah
Kepada-Nya kita bersera
Di akhirat moga dikurnia Jannah
Insya-Allah ..." - from hamba Allah.

Tak payah nak tahu siapa. Baca je. Tak kira orang nyer,lelaki atau perempuan. BACA!

Sunday, April 27, 2014

Kita si tamak dan penghakim dunia

Assalamualaikum…

Aku laa ni update blog dalam phone je. Nama pun "telefon pintar" jadi sebagai pengguna kita kena sama-sama sepintar telefon yang kita guna.

Okey. That's not the point. Intro aku sememang nya tak pernah nak kena.

Start the point. Ape tajuk entri aku kali ni?? " Kita si tamak dan penghakim dunia "  Apa yang aku nak cungkil kat sini ialah, kita ni tamak dan kita lah hakim dunia.

Kalau korang tengok geng2 tudung labuh, mesti korang cakap or terfikir "ni mesti banyak ilmu…" or "budak U ni" or whatever lagi lah. Kemudian nampak seorang wanita tidak bertudung "kau bakal masuk neraka!" "Kau ni perempuan murahan!" Okey. Pernah otak aku ni menerima isyarat macam ni. Then cepat2 aku tukar kepada satelit 360 darjah.

Sebab dan kenape, aku pernah jadi dua2 pihak. Yang bertudung,and bertudung labuh. Haaa ~ hairan kan???

Biarlah, itu nama nya perancangan Ilahi. Kau ape tahu? Laju je cakap, "kau pakai tudung labuh perangai mcam pompuan tak pakai tudung!"

So, aku jawab "Pernah dengar dont judge the book by the cover? So,dont judge me by the attire! " kang kalau aku pakai bikin mulut macam tahi mesti kena cop perempuan murahan. *Dahhh~ sudah*

nampak?? Kita dah terang-terang jadi hakim. Hakim dunia. Hahaha. Itu lah kite. Aku pernah dulu cakap dengan angkuh aku tak kan buat semua benda terlarang tu. Tapi, last2. Aku gagal jugak. Sebab tu pak aku pesan. "Jangan ckap besar! Nampak keburukan,doa ckp minta dijauhkan dari aku. " tp aku pi bantai ckp … "ahh! Aku tak mungkin akan buat ape yang dorg buat" sekali baek punya perancangan Ilahi. Hati aku kena pusing cuku 360 darjah.

Hamik kau!!

So, jgn cakap besar! Bila nampak keburukan, ucap lah naudzubillah himinalzalik.

Next, tamak! Haaa~ ni best. *Hirup green tea*
Aku nak story sikit. Mai, mai, rapat. Haha.

Sedar diri tak? *Baling batang kayu*

tengok hidung siapa yang kena~! Hakhak!

Macam ni, aku ada terbace. Sorang lelaki nak beristeri kan seorang ustazah. Walhal diri nya seorang kaki perempuan.

Baru-baru ni, aku ada terdengar permintaan seorang lelaki … "…kau carikan aku seorang perempuan solehah yang bertudung labuh,alim … sejuk hati aku nak tatap hari-hari buat bini seronok!"
Aku masa tu dengar terus aku jeling budak tu.

Mehh sini, mak jemehh nak bagi setepek! Kau nak bakal bini kau tu, orang2 alim?? Kau solat 5 waktu cukup? *diam*

Kau nak bini tudung labuh?? Tu lutut kau?? Sape nak cover?? *Diam*

Kau nak yang alim, geng2 ustazah. Berape juzuk Al-Quran kau dah hafal?? Eh, tak payah lah tanya berape kau dah hafal. Setahun berape kali kau bace Al-Quran?? *Diam. Jeling. Minah ni pahal? Macam bagus*

hello brother. Look at yourself lah brader. Kau usya perempuan tak pakai tudung macam sampah. Then nak mengharap si geng tudung labuh usya kau?? Gitu??

Lepastu, alasan kau. Nanti aku akan berubah lah biler aku dengan perempuan tu. kalau kau tak dapat perempuan tu,kau tak nak berubah lah?? Still foya-foya gitu??

Bro, kita ni yang biasa-biasa ni. Minta yang sama tanding lah bro. tak padan jugak aku dengar yang perempuan nak pak sheikh semua. Tu, aku tak kisah sangat. Yelah lumrah lelaki guide perempuan. Tapi, yang aku tak faham tu perlu ke yang perempuan nak pandang rendah kat lelaki yang cikai2 ilmu tu??? Sebab diri pun solat tak lengkap, Al-Quran memanjang dalam almari kita yang perempuan ni. Malu kot nak berkenan dengan golongan tahfiz or geng2 sheikh ni. Lepastu update "kami suka abang ada janggut" or post gambar pak sheikh caption "hope one day…"

Aku bukan nak cakap aku perfect lah dalam pemilihan lelaki. Tapi aku doa, biarlah aku dapat yang 5 waktu nya ada. Aku selalu ingat kan diri aku. Aku tak layak kot nak berdiri setanding geng sheikh or tahfiz or hafizah. Sedar diri aku ni budak perempuan biasa.

Biler dah sedar diri tu, aku nekad kat Allah. Kau temu kan aku yang ada 5 waktu dihati nya. Tak kisah lah, die orang nya macam mana. Kaki enjoy ka, kaki snooker ka, kaki lepak ka, kaki ape-ape lah kaki! Janji dalam hati 5 waktu.

Biler dah dapat aku merungut pasal rokok die lah, pasal silap sambil lewa die lah, pasal degil nya lah, pasal baran die lah, pasal die dengan kawan perempuan die lah. And macam2 lah. Aku memang mudah lupe! Tak reti bersyukur!

So, as human being. Why dont kita tampal kekurangan kita. Dengan membaca, membaca,membaca, mengali ilmu dan merendah diri.
Aku tahu orang lelaki ramai tak suka membaca, tapi 1 buku kau WAJIB bace bro. AL-QURAN

so, end of the entri. Aku minta maaf kalau ada yang terase biler bace. Aku pun macam apa yang aku tulis jugak. Maaf ler, aku bukan nye lembut macam setengah perempuan yang memang ayu~ hahaha!

Semoga aku, kau, kita ,dalam lindungan Allah swt. Ammiinn~  ☺

Saturday, April 5, 2014

DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR

  1. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.          2.Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi.Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.          3.Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.          4. Dibangkitkan dalam keadaan          mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga , mereka suka menipu.          5. Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika didunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang ,tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.          6.Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.          7.Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.          8. Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala terssungkur, sedangkan kedua – dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir Seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.          9.Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api kerana ketika didunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.          10. Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua.          11.Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada,lidahnya sampai keperut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak          12.Mereka yang dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi sirat’ (titian Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh,meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah.      

Sunday, March 16, 2014

Sambutan Hari Ulang Tahun Ku

Assalamualaikum. Alhamdulilah. Sambutan yang mengalakan. eccehh! ayat reti gitu! haha. mula-mula Jumaat 7hb 3 sahabat lama aku telah menculik aku dengan menaiki kereta Viva nya. apabila di tanya tempat kat mana. aku pun tak pernah dengar nama tempat tu. "PUBLIKA" mana lah aku tahu tempat tu. hahaha. pastu aku telah di kejutkan dengan kek Cup cakes yang aku dok gaduh dengan Fahimah. Malam itu aku jadi hyper tahap cipan tak jumpa mak dia. hahahaha~ sabar jelah Fahimah, Aliah dengan Fatini melayan aku. Anyway. sangat terima kasih. SANGAT. kemudian malam itu aku berendam air mata.






sampai sahaja pada tarikh 10hb 3 jatuh pada hari Isnin, semestinya apa yang aku harap kan tidak tercapai. Gara-gara malam mengundang gerimis yang lebat sehingga menjadi hujan berpanah kan petir. Faham? tak Faham? tak pe. Aku je yang faham. hehe.
Disebabkan itu adalah minggu terakhir aku menajdi seorang guru, so aku teramat sangat busy. dengan kehilangan anak kucing kesayangan ku lagi. satu persatu aku di bebani perkara yang mengasak otak ku yang segengam ini. masuk hari kesokan nya. aku dikejutkan dengan pelajar menyanyi kan lagu "happy birthday" dari 2 Tualang. dan dari kelas-kelas yang aku mengajar. Jatu beribu ucapan "selamat Hari jadi" untuk aku. YaAllah. Terima Kasih sangat. 
Kemudian hari Khamis hari terakhir aku di sekolah menegah seksyen 3. aku di kejutkan dengan panggilan mengatakan ada budak gaduh kat bengkel. Aku dari surau bilik guru berlari anak menju ke bengkel. sampai di bengkel. anak murid aku tutup mata aku dengan tuala. aku tak sedap hati. di bawa nya aku entah kemana-mana. sampai aku terjatuh kat tangga. dahsyat betul budak ni. hahaha! kemudian sampai sahaja di destinasi. kedengaran lagi lagu "Happy Birthday Cikgu" 
sumpah aku memang nak menangis time tu. Yelah. otak ni dah penuh dengan tugasan guru, dengan masalah yang aku hadapi minggu tu, dengan penyakit aku yang lower blood pressure nya. Sekali aku di kejutkan dengan nyanyian Happy Birthday Cikgu. tertumpah jugak air mata aku. tapi aku ni. Biasa lah. Pelakon terbaik. so, aku cover baik punyer. 
Pelajar 2 Tualang dah buat sambutan hari jadi untuk aku. Aku sangat terhargai. Raja kalau awak baca ni, terima kasih banyak sebab buat kan surprise untuk saya. Saya tak dapat nak balas dengan apa-apa. Kelas awak memang degil. haha tapi awak semua pandai hargai saya. Walaupun saya mengajar awak entah pape. hehehe. minta maaf yer. Kirim salam saya pada semua pelajar saya. terima Kasih bebanyak.
sememang nya Birthday aku ni dari dulu aku anggap hari biasa sahaja. tapi sejak masuk kolej aku macam berminat nak sambut birthday aku. Sebab? aku dah mula nak menghargai zaman remaja aku yang sekejap sahaja ini. masa dulu aku sekolah. aku tak suka birthday aku. Aku tak suka surprise. Lama-lama aku suka. People can change in a minute kan ?? heheheh :D
dalam banyak-banyak sambutan tu. Aku masih tunggu dari seseorang sambutan untuk aku. Siapa?
JENG! JENG! JENG! 
tak per, aku tunggu sampai hujung bulan ni. 



Thank you :* 



Wednesday, March 12, 2014

Selamat ulang tahun sayang

Assalamualaikum. Alhamdulilah terutama sekali aku lafaz kan. Sepatut nya aku dh pasang niat 5 bulan lepas nak update pasal benda ni tepat jam 12 malam pada 10.3.2014. Haha! Tapi, siapa kau manusia nak melawan takdir Allah. Apa yang akan berlaku. Kau xtau. Betul tak?? So, aku baru berkesempatan nak update ni. Muahaha!.

Pertama dalam senarai Kandungan. Aku nak mengucapkan Alhamdulilah, Alhamdulilah,  Alhamdulilah, Alhamdulilah. Syukuran kepada Allah yang satu. Siapa aku ni untuk melawan semua ketentuan Allah. Aku di beri nafas yang deras oleh Dia si Pencipta Alam sehingga 21 tahun. Sejujur aku bersyukur. Mungkin aku baru belajar erti bersyukur. Ahhh… siapa kau untuk judge aku. Kalau benar aku baru belajar bersykur. Kau? Okey. That's not the point at all.

Umur aku naik ke 21 tahun. Banyak penipu daya yang tak mampu aku umum kan. Perbalahan kata yang menyinggung perasaan aku simpan. Akhirnya bernanah. Malang berbau, aku sendiri tanggung rasa perit nya. tapi siapa kau melawan takdir Allah. Dan kini umur yg ke 21 apa yang aku mahu?? Kahwin?? Sudah semestinya. Kahwin dengan siapa?? Dengan bayang-bayang sendiri. Pernah merase perasaan itu. Atau kata mudah. Itulah perasaan aku. Apa lagi yang aku mahu kan umur ku 21. ? Seorang anak? Huh? Anak. Sedang aku sendiri masih terkial menyebut Alif,Baa, Taa. Ini kan bakal anak ku yang matang dengan ipad.

Sunday, March 9, 2014

Bawa aku pergi

Wahai ombak yang kuat. Kau bawa aku pergi bersama-sama rasa sakit ini. Bawa aku pergi jauh dari bandar yang mati di hidup ku. Supaya aku bisa menjadi pelayar yang hebat.

Wahai angin yang kuat. Kau terbang kan aku. Biar kan aku merasa gayat nya di bumi Allah ini. Supaya aku bisa melihat manusia menjadi sekecil semut.

Wahai sungai yang deras. Kau hanyut kan lah aku sehingga ke negeri bunian. Agar aku tinggal di sana tanpa perlu melihat apa yang menyakitkan aku.

Wahai udara yang meliputi bumi. Kau tarik pernafasan ku, supaya aku tidak bernafas lagi. Maka aku pergi. Tidak perlu lagi aku merasa sakit ini.

Dannn..

Wahai hati yang lara. Usah kau menangis sayang. Kau sudah 21 tahun. Sepanjang itu kau menangis. Usah lah kau mengalir kan air mata kau. Supaya mereka tidak tahu kesedihan kau.

Wahai bibir yang tersenyum. Senyum lah selagi kau boleh. Biar kan saja apa yang si hati rasa di pendam kan. Jangan pernah sekali kau mematikan senyuman manis itu.

Akhir sekali. Wahai diri ku. Kau bawa lah diri mu tenang. Kembali kan semangat mu. Kembali kan aura mu. Jangan biarkan hanya kerana seorang panggeran menjatuhkan kau, kau sudah gugur di medan. Kau punya semangat kental. Allah swt berikan. Siapa diri kai sebenar nya. Jgn pernah kau pertikai kan. Bawalah diri kau kemana kai mahu. Di jalan yang menemukan kepada sahabat lama mu, iaitu kepuasan hidup. Gali lah ilmu sedalam boleh sehingga kau mati di hujung nya.

-terima kasih-

Saturday, February 8, 2014

Hukum perkahwinan

Assalamualaikum.

Hari ni aku tak nak melalut jauhhhh~ Aku nak direct to title entri aku kali ni. Ape lagi kalau bukan "hukum perkahwinan".

Wahai adik2 spm. Ingat tak hukum perkahwinan ape? Jgn ckap tak ingat. Nanti nak jawab ape pulak dalam spm agama nanti?? Hahaha.

Okay. Setengah orang just fikir, kahwin ni senang. Amik wali belah lelaki, 3 orang saksi (sekurang-kurangnya) kemudian seorang kadi. Jangan tertinggal, pengantin lelaki dan perempuan. Nanti sape yg nak nikah. Iye dokk?? Haha.
Tapi, before semua tu. Ade prasan dengan sahabat yang nama nya HUKUM?? Jangan aci taram ajee. Biler tengok member lain kawen,aku pun tergedik nak kawen gak. Tp, aku lupe member aku dalam bab perkahwinan iaitu "HUKUM".

Hukum perkahwinan:

1. HARUS- siapa yang harus bernikah ni?? Mereka adalah yang tidak mempunyai tuntutan mendesak untuk berkahwin dan tidak ada perkara yang mengharamkan nya berkahwin. Ini bak kate ustaz Wahid. Org yang center. Orang yang steady. Tak kalut nak ingat kawen. Haha.

2. WAJIB- orang yang berkemampuan menunaikan tuntutan zahir dan batin, sihat tubuh badan serta dikhuatir terjurumus kepada jina kerana tidak dapat mengawal nafsu. Haa~ yang ni, ustaz cakap. Kalau dah ade boifren,ade gifren tuu. Cukup semua syarat. Sila lah bernikah. Tapi kalau tak cukup syarat macam mana?? (Jeng!jeng!jeng!)

3. SUNAT - orang yang berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin,  sihat tubuh badan serta berkeinginan untuk berkahwin tetapi tidak dikhuatiri terjerumus kepada zina atau melakukan kezaliman terhadap pasangan. Nak kahwin, tapi masih boleh control lagi nafsu. Mereka tergolong dalam hukum "sunat".

4. MAKHRUH - bagi mereka yang tidak mampu beri nafkah, tetapi berkeinginan untuk beristeri. Haaa~ part ni, ustaz ade cakap. Sebelum kita bernikah ade ujian HIV and Aids. Kalau pasangan yg kita nak nikah tu, ade penyakit ni. Ustaz cakap makhruh. Tapi sebab cinta itu buta. "Rela sehidup semati" ramai yang berkahwin sahaja.

5. HARAM - Orang yang tidak berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin atau diyakini akan melakukan kezaliman terhadap pasangan nya. For this case, seseorang itu berkahwin dengan niat untuk mencederakan pasangan atau pun berniat untuk menyakitkan pasangan adalah haram. Contoh macam seorang lelaki ini berkahwin dengan seorang wanita hanya kerana mahu menjual wanita itu di tempat pelacuran untuk membayar hutang. Wallahua'alam…

So, ada 4 hukum. Jadi lepas dah bace ke empat-empat hukum tu, rase diri kita kat mane?? Adakah diri kita kat harus? Wajib? Makhruh? Atau sunat?? Mungkin juga haram?? Tepuk dada tanya lah selera *nak pizzahut*.

So, aku cuma berkongsi. Kalau ade yang membaca rase apa yang aku kongsi ni ade kurang nya, ada cacat cela korang boleh komen. Aku bukan ustazah, bukan budak tahfiz, bukan geng pondok dan seangkatan nya. Aku ni cuma orang yang iman nya senipis kertas A4.

Bukan sebab apa, ramai sangat yang sekarang ni dok risau umur makin naik, tapi tak ade teman. Ada pulak tu, tengok member lain dah selamat sarung cicin diri sendiri masih solo. Perghh~ memang tak senang duduk lah jawab nyer. Tambah pulak orang dok tanya "weh,biler kau nk kawen?" "Biler turn kau?" Aduhh! Memang serabut lah. Tapi ingat, back to basic. Allah ciptakan berpasangan, ada lah nanti. Yang masih bersekolah,lengkap pakai uniform lagi tu. Kalau nak bercinta,bercinta lah. Tapi cinta zaman sekolah sekarang tak kemana. *Sorry to said*

So, aku taknak long story. Aku gerak dulu. Papehal comment kat bawah. Gua gerak dulu, assalamualaikum!

Sunday, January 26, 2014

Cikgu Shahrul! ouuhhh Cikgu shahrul!

Assalamualaikum .. so, wat's up?

lama kot aku dah tak update blog ni. huhu! frust dengan prac aku frust dengan respon orang keliling aku frust dengan keadaan aku. Everything aku frust sebenar nya. tapi, life must go on, Allah dah tulis semua untuk aku. Allah tak kan duga aku kalau aku tak mampu nak mengadap semua nya. right? Jadi sebagai hamaba Nya yang sentiasa Alpa dan lalai di bawa arus dunia ini, tak layak nak menolak. Malah terima lah, sebab aku ada lah HambaNYA.

So, ape yang aku nak kait kan kat sini dengan tajuk kat atas tu.. aku dah jadi Cikgu!! Cikgu Shahrul. hahaha!
aku jadi cikgu ganti jeee.. kat sekolah lama aku. Ngeheeee.. kenapa aku jadi cikgu? sebab aku minat. Dari kecik mak belikan aku papan hitam kecik dan kapur kecik2 untuk aku conteng. Setiap hari aku bajet jadi cikgu. Bila besar sikit aku mula keliru dengan cita-cita aku. Kemudian aku lembut kan hati aku untuk mencuba jadi cikgu. Alhamdulilah.. Muka semanagat. cuma si Syaitan suka menghasut suruh aku jadi malas! cehhh! shuuu! shhhuuu! A'udzubillah himinashaiton Nirojim!

Lebih-lebih lagi sejak kedatangan 5 orang guru baru yang baru saja di transfer ke Seksyen 3 menambahkan lagi kegembiraan aku. Sape ag kalo bukan kak Hatimah, Kak Maryam ngan Kak Ashikin. Kitaorang memang 4 sekepala. Sampai dorang cakap, kalau aku dah habis nanti cikgu yang aku ganti tu mesti tak nak kawan dengan dorang.. hahaha! 

Banyak giler benda aku dapat, hahah.. macam-macam perangai budak-budak. Ade yang kurang hajar dengan aku, ada yang kelakar, ada yang bila kena tegur tarik muka. Aduhaaiiii~ hahaha! macam-macam. Ada yang menjerit baru nak diam. yang tak faham apa aku cakap. Adeehh! Macam-macam. !

Yang penting, aku dah dapat hidup aku balik. Hidup aku yang dah lama hilang. Di telan oleh frust yang terlampau. Depress terlampau sangat. HaHAHA!

Pape pun, aku harap aku enjoy aku kat sekolah ni sampai bulan 3. Pastu nanti datang lah cikgu yang sebenar-benar nya. (Y) ngehehe..
okay. pape hal bye! tata! Assalamualaikum wbt. 
:)