Saturday, February 8, 2014

Hukum perkahwinan

Assalamualaikum.

Hari ni aku tak nak melalut jauhhhh~ Aku nak direct to title entri aku kali ni. Ape lagi kalau bukan "hukum perkahwinan".

Wahai adik2 spm. Ingat tak hukum perkahwinan ape? Jgn ckap tak ingat. Nanti nak jawab ape pulak dalam spm agama nanti?? Hahaha.

Okay. Setengah orang just fikir, kahwin ni senang. Amik wali belah lelaki, 3 orang saksi (sekurang-kurangnya) kemudian seorang kadi. Jangan tertinggal, pengantin lelaki dan perempuan. Nanti sape yg nak nikah. Iye dokk?? Haha.
Tapi, before semua tu. Ade prasan dengan sahabat yang nama nya HUKUM?? Jangan aci taram ajee. Biler tengok member lain kawen,aku pun tergedik nak kawen gak. Tp, aku lupe member aku dalam bab perkahwinan iaitu "HUKUM".

Hukum perkahwinan:

1. HARUS- siapa yang harus bernikah ni?? Mereka adalah yang tidak mempunyai tuntutan mendesak untuk berkahwin dan tidak ada perkara yang mengharamkan nya berkahwin. Ini bak kate ustaz Wahid. Org yang center. Orang yang steady. Tak kalut nak ingat kawen. Haha.

2. WAJIB- orang yang berkemampuan menunaikan tuntutan zahir dan batin, sihat tubuh badan serta dikhuatir terjurumus kepada jina kerana tidak dapat mengawal nafsu. Haa~ yang ni, ustaz cakap. Kalau dah ade boifren,ade gifren tuu. Cukup semua syarat. Sila lah bernikah. Tapi kalau tak cukup syarat macam mana?? (Jeng!jeng!jeng!)

3. SUNAT - orang yang berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin,  sihat tubuh badan serta berkeinginan untuk berkahwin tetapi tidak dikhuatiri terjerumus kepada zina atau melakukan kezaliman terhadap pasangan. Nak kahwin, tapi masih boleh control lagi nafsu. Mereka tergolong dalam hukum "sunat".

4. MAKHRUH - bagi mereka yang tidak mampu beri nafkah, tetapi berkeinginan untuk beristeri. Haaa~ part ni, ustaz ade cakap. Sebelum kita bernikah ade ujian HIV and Aids. Kalau pasangan yg kita nak nikah tu, ade penyakit ni. Ustaz cakap makhruh. Tapi sebab cinta itu buta. "Rela sehidup semati" ramai yang berkahwin sahaja.

5. HARAM - Orang yang tidak berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin atau diyakini akan melakukan kezaliman terhadap pasangan nya. For this case, seseorang itu berkahwin dengan niat untuk mencederakan pasangan atau pun berniat untuk menyakitkan pasangan adalah haram. Contoh macam seorang lelaki ini berkahwin dengan seorang wanita hanya kerana mahu menjual wanita itu di tempat pelacuran untuk membayar hutang. Wallahua'alam…

So, ada 4 hukum. Jadi lepas dah bace ke empat-empat hukum tu, rase diri kita kat mane?? Adakah diri kita kat harus? Wajib? Makhruh? Atau sunat?? Mungkin juga haram?? Tepuk dada tanya lah selera *nak pizzahut*.

So, aku cuma berkongsi. Kalau ade yang membaca rase apa yang aku kongsi ni ade kurang nya, ada cacat cela korang boleh komen. Aku bukan ustazah, bukan budak tahfiz, bukan geng pondok dan seangkatan nya. Aku ni cuma orang yang iman nya senipis kertas A4.

Bukan sebab apa, ramai sangat yang sekarang ni dok risau umur makin naik, tapi tak ade teman. Ada pulak tu, tengok member lain dah selamat sarung cicin diri sendiri masih solo. Perghh~ memang tak senang duduk lah jawab nyer. Tambah pulak orang dok tanya "weh,biler kau nk kawen?" "Biler turn kau?" Aduhh! Memang serabut lah. Tapi ingat, back to basic. Allah ciptakan berpasangan, ada lah nanti. Yang masih bersekolah,lengkap pakai uniform lagi tu. Kalau nak bercinta,bercinta lah. Tapi cinta zaman sekolah sekarang tak kemana. *Sorry to said*

So, aku taknak long story. Aku gerak dulu. Papehal comment kat bawah. Gua gerak dulu, assalamualaikum!