Sunday, March 9, 2014

Bawa aku pergi

Wahai ombak yang kuat. Kau bawa aku pergi bersama-sama rasa sakit ini. Bawa aku pergi jauh dari bandar yang mati di hidup ku. Supaya aku bisa menjadi pelayar yang hebat.

Wahai angin yang kuat. Kau terbang kan aku. Biar kan aku merasa gayat nya di bumi Allah ini. Supaya aku bisa melihat manusia menjadi sekecil semut.

Wahai sungai yang deras. Kau hanyut kan lah aku sehingga ke negeri bunian. Agar aku tinggal di sana tanpa perlu melihat apa yang menyakitkan aku.

Wahai udara yang meliputi bumi. Kau tarik pernafasan ku, supaya aku tidak bernafas lagi. Maka aku pergi. Tidak perlu lagi aku merasa sakit ini.

Dannn..

Wahai hati yang lara. Usah kau menangis sayang. Kau sudah 21 tahun. Sepanjang itu kau menangis. Usah lah kau mengalir kan air mata kau. Supaya mereka tidak tahu kesedihan kau.

Wahai bibir yang tersenyum. Senyum lah selagi kau boleh. Biar kan saja apa yang si hati rasa di pendam kan. Jangan pernah sekali kau mematikan senyuman manis itu.

Akhir sekali. Wahai diri ku. Kau bawa lah diri mu tenang. Kembali kan semangat mu. Kembali kan aura mu. Jangan biarkan hanya kerana seorang panggeran menjatuhkan kau, kau sudah gugur di medan. Kau punya semangat kental. Allah swt berikan. Siapa diri kai sebenar nya. Jgn pernah kau pertikai kan. Bawalah diri kau kemana kai mahu. Di jalan yang menemukan kepada sahabat lama mu, iaitu kepuasan hidup. Gali lah ilmu sedalam boleh sehingga kau mati di hujung nya.

-terima kasih-

No comments: