Sunday, March 16, 2014

Sambutan Hari Ulang Tahun Ku

Assalamualaikum. Alhamdulilah. Sambutan yang mengalakan. eccehh! ayat reti gitu! haha. mula-mula Jumaat 7hb 3 sahabat lama aku telah menculik aku dengan menaiki kereta Viva nya. apabila di tanya tempat kat mana. aku pun tak pernah dengar nama tempat tu. "PUBLIKA" mana lah aku tahu tempat tu. hahaha. pastu aku telah di kejutkan dengan kek Cup cakes yang aku dok gaduh dengan Fahimah. Malam itu aku jadi hyper tahap cipan tak jumpa mak dia. hahahaha~ sabar jelah Fahimah, Aliah dengan Fatini melayan aku. Anyway. sangat terima kasih. SANGAT. kemudian malam itu aku berendam air mata.






sampai sahaja pada tarikh 10hb 3 jatuh pada hari Isnin, semestinya apa yang aku harap kan tidak tercapai. Gara-gara malam mengundang gerimis yang lebat sehingga menjadi hujan berpanah kan petir. Faham? tak Faham? tak pe. Aku je yang faham. hehe.
Disebabkan itu adalah minggu terakhir aku menajdi seorang guru, so aku teramat sangat busy. dengan kehilangan anak kucing kesayangan ku lagi. satu persatu aku di bebani perkara yang mengasak otak ku yang segengam ini. masuk hari kesokan nya. aku dikejutkan dengan pelajar menyanyi kan lagu "happy birthday" dari 2 Tualang. dan dari kelas-kelas yang aku mengajar. Jatu beribu ucapan "selamat Hari jadi" untuk aku. YaAllah. Terima Kasih sangat. 
Kemudian hari Khamis hari terakhir aku di sekolah menegah seksyen 3. aku di kejutkan dengan panggilan mengatakan ada budak gaduh kat bengkel. Aku dari surau bilik guru berlari anak menju ke bengkel. sampai di bengkel. anak murid aku tutup mata aku dengan tuala. aku tak sedap hati. di bawa nya aku entah kemana-mana. sampai aku terjatuh kat tangga. dahsyat betul budak ni. hahaha! kemudian sampai sahaja di destinasi. kedengaran lagi lagu "Happy Birthday Cikgu" 
sumpah aku memang nak menangis time tu. Yelah. otak ni dah penuh dengan tugasan guru, dengan masalah yang aku hadapi minggu tu, dengan penyakit aku yang lower blood pressure nya. Sekali aku di kejutkan dengan nyanyian Happy Birthday Cikgu. tertumpah jugak air mata aku. tapi aku ni. Biasa lah. Pelakon terbaik. so, aku cover baik punyer. 
Pelajar 2 Tualang dah buat sambutan hari jadi untuk aku. Aku sangat terhargai. Raja kalau awak baca ni, terima kasih banyak sebab buat kan surprise untuk saya. Saya tak dapat nak balas dengan apa-apa. Kelas awak memang degil. haha tapi awak semua pandai hargai saya. Walaupun saya mengajar awak entah pape. hehehe. minta maaf yer. Kirim salam saya pada semua pelajar saya. terima Kasih bebanyak.
sememang nya Birthday aku ni dari dulu aku anggap hari biasa sahaja. tapi sejak masuk kolej aku macam berminat nak sambut birthday aku. Sebab? aku dah mula nak menghargai zaman remaja aku yang sekejap sahaja ini. masa dulu aku sekolah. aku tak suka birthday aku. Aku tak suka surprise. Lama-lama aku suka. People can change in a minute kan ?? heheheh :D
dalam banyak-banyak sambutan tu. Aku masih tunggu dari seseorang sambutan untuk aku. Siapa?
JENG! JENG! JENG! 
tak per, aku tunggu sampai hujung bulan ni. 



Thank you :* 



No comments: