Sunday, April 27, 2014

Kita si tamak dan penghakim dunia

Assalamualaikum…

Aku laa ni update blog dalam phone je. Nama pun "telefon pintar" jadi sebagai pengguna kita kena sama-sama sepintar telefon yang kita guna.

Okey. That's not the point. Intro aku sememang nya tak pernah nak kena.

Start the point. Ape tajuk entri aku kali ni?? " Kita si tamak dan penghakim dunia "  Apa yang aku nak cungkil kat sini ialah, kita ni tamak dan kita lah hakim dunia.

Kalau korang tengok geng2 tudung labuh, mesti korang cakap or terfikir "ni mesti banyak ilmu…" or "budak U ni" or whatever lagi lah. Kemudian nampak seorang wanita tidak bertudung "kau bakal masuk neraka!" "Kau ni perempuan murahan!" Okey. Pernah otak aku ni menerima isyarat macam ni. Then cepat2 aku tukar kepada satelit 360 darjah.

Sebab dan kenape, aku pernah jadi dua2 pihak. Yang bertudung,and bertudung labuh. Haaa ~ hairan kan???

Biarlah, itu nama nya perancangan Ilahi. Kau ape tahu? Laju je cakap, "kau pakai tudung labuh perangai mcam pompuan tak pakai tudung!"

So, aku jawab "Pernah dengar dont judge the book by the cover? So,dont judge me by the attire! " kang kalau aku pakai bikin mulut macam tahi mesti kena cop perempuan murahan. *Dahhh~ sudah*

nampak?? Kita dah terang-terang jadi hakim. Hakim dunia. Hahaha. Itu lah kite. Aku pernah dulu cakap dengan angkuh aku tak kan buat semua benda terlarang tu. Tapi, last2. Aku gagal jugak. Sebab tu pak aku pesan. "Jangan ckap besar! Nampak keburukan,doa ckp minta dijauhkan dari aku. " tp aku pi bantai ckp … "ahh! Aku tak mungkin akan buat ape yang dorg buat" sekali baek punya perancangan Ilahi. Hati aku kena pusing cuku 360 darjah.

Hamik kau!!

So, jgn cakap besar! Bila nampak keburukan, ucap lah naudzubillah himinalzalik.

Next, tamak! Haaa~ ni best. *Hirup green tea*
Aku nak story sikit. Mai, mai, rapat. Haha.

Sedar diri tak? *Baling batang kayu*

tengok hidung siapa yang kena~! Hakhak!

Macam ni, aku ada terbace. Sorang lelaki nak beristeri kan seorang ustazah. Walhal diri nya seorang kaki perempuan.

Baru-baru ni, aku ada terdengar permintaan seorang lelaki … "…kau carikan aku seorang perempuan solehah yang bertudung labuh,alim … sejuk hati aku nak tatap hari-hari buat bini seronok!"
Aku masa tu dengar terus aku jeling budak tu.

Mehh sini, mak jemehh nak bagi setepek! Kau nak bakal bini kau tu, orang2 alim?? Kau solat 5 waktu cukup? *diam*

Kau nak bini tudung labuh?? Tu lutut kau?? Sape nak cover?? *Diam*

Kau nak yang alim, geng2 ustazah. Berape juzuk Al-Quran kau dah hafal?? Eh, tak payah lah tanya berape kau dah hafal. Setahun berape kali kau bace Al-Quran?? *Diam. Jeling. Minah ni pahal? Macam bagus*

hello brother. Look at yourself lah brader. Kau usya perempuan tak pakai tudung macam sampah. Then nak mengharap si geng tudung labuh usya kau?? Gitu??

Lepastu, alasan kau. Nanti aku akan berubah lah biler aku dengan perempuan tu. kalau kau tak dapat perempuan tu,kau tak nak berubah lah?? Still foya-foya gitu??

Bro, kita ni yang biasa-biasa ni. Minta yang sama tanding lah bro. tak padan jugak aku dengar yang perempuan nak pak sheikh semua. Tu, aku tak kisah sangat. Yelah lumrah lelaki guide perempuan. Tapi, yang aku tak faham tu perlu ke yang perempuan nak pandang rendah kat lelaki yang cikai2 ilmu tu??? Sebab diri pun solat tak lengkap, Al-Quran memanjang dalam almari kita yang perempuan ni. Malu kot nak berkenan dengan golongan tahfiz or geng2 sheikh ni. Lepastu update "kami suka abang ada janggut" or post gambar pak sheikh caption "hope one day…"

Aku bukan nak cakap aku perfect lah dalam pemilihan lelaki. Tapi aku doa, biarlah aku dapat yang 5 waktu nya ada. Aku selalu ingat kan diri aku. Aku tak layak kot nak berdiri setanding geng sheikh or tahfiz or hafizah. Sedar diri aku ni budak perempuan biasa.

Biler dah sedar diri tu, aku nekad kat Allah. Kau temu kan aku yang ada 5 waktu dihati nya. Tak kisah lah, die orang nya macam mana. Kaki enjoy ka, kaki snooker ka, kaki lepak ka, kaki ape-ape lah kaki! Janji dalam hati 5 waktu.

Biler dah dapat aku merungut pasal rokok die lah, pasal silap sambil lewa die lah, pasal degil nya lah, pasal baran die lah, pasal die dengan kawan perempuan die lah. And macam2 lah. Aku memang mudah lupe! Tak reti bersyukur!

So, as human being. Why dont kita tampal kekurangan kita. Dengan membaca, membaca,membaca, mengali ilmu dan merendah diri.
Aku tahu orang lelaki ramai tak suka membaca, tapi 1 buku kau WAJIB bace bro. AL-QURAN

so, end of the entri. Aku minta maaf kalau ada yang terase biler bace. Aku pun macam apa yang aku tulis jugak. Maaf ler, aku bukan nye lembut macam setengah perempuan yang memang ayu~ hahaha!

Semoga aku, kau, kita ,dalam lindungan Allah swt. Ammiinn~  ☺

Saturday, April 5, 2014

DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR

  1. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.          2.Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi.Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.          3.Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.          4. Dibangkitkan dalam keadaan          mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga , mereka suka menipu.          5. Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika didunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang ,tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.          6.Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.          7.Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.          8. Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala terssungkur, sedangkan kedua – dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir Seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.          9.Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api kerana ketika didunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.          10. Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua.          11.Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada,lidahnya sampai keperut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak          12.Mereka yang dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi sirat’ (titian Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh,meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah.