Wednesday, May 21, 2014

Hey si penipu lara

Kau bisa sahaja menghebahkan kata-kata yang menyinggung perasaan aku. Aku bisa sahaja mengaplikasikan sakit hati ku pada fizikal kau.

Perlu ke kau hebah kan diri kau sudah move on. Dear engkau si penipu lara. Hidup lah kau.

Hiduplah kau bersama rakan yang kau puja kan.

Cukup lah kau sakiti aku. Dengan kata-kata kesat kau. Perlakuan kasar mu. Dengan senyuman sinis kau seakan mengertawakan diri aku yang bodoh pernah menyanyangi diri kau.

Tak usah kau hebah kan diri kau sudah mengecapi kebahagian kau.

Tolong kali terakhir fahami diri aku yang sedang menderita sakit. Jangan kau tambah kan sakit yang sedia ada dalam diri aku.

Sekali kau kata aku gila, lihat diri kau semula. Perlakuan kau seakan menghina aku sebagai perempuan dalam hidup kau. Kerana itu aku dari seekor kucing yang jinak bertukar ke singa kelaparan.

Aku rayu tolong jangan tambah kan sakit yang aku sedia ada.  :')

Tuesday, May 20, 2014

Marah itu sifat syaitan.

Marah itu macam api rasa nya. Bila kau marah. Badan akan panas, muka akan merah. Jantung kau akan berdegup laju. Fikiran jadi serabot.

Bila kau marah. Kau hilang semua. Hilang cara berfikir seperti manusia biasa. Kau berfikir macam binatang. Otak kau hilang kawalan. Fizikal kau hilang kawalan. Hati kau mati.

Syaitan mula berpesta melihat kau marah. Si sabar hilang tidak kau kenali. Manusia di hadapan kau perlu kau hapus kan. Syaitan berbisik. Otak memanipulasi kan. Dan fizikal badan kau bertindak.

Syaitan mula menari gembira. Akhirnya anak adam mengikut hasutan nya. Anak adam itu lupa pada istighfar dan tasbih Allah.

Dan mati.

Mati semua perasaan itu. Seperti orang itu mati. Dendam hilang berganti penyesalan. Baru aku tahu. Langit berdentum tanda Allah mahu memanah aku kerana aku khianati Nya.

Marah itu sifat nya syaitan. Bila kau ikut syaitan. Kau pun akan jadi macam syaitan. Ingat kalian, Allah Maha Adil. Biar orang buat kita. Jangan kita buat orang.

Pada kau,aku doa kan kau tak akan merasa bahagia dengan mana-mana perempuan selagi aku tak maaf kan kau. Kau akan rasa sakit yang aku rasa kini. Tapi, aku doa kan. Sakit kau lebih teruk dari aku.

"Allah dengar doa orang yang di khianati…"

Monday, May 12, 2014

Letih

Terkadang. Aku mengeluh. Kenapa harus aku yang merasa sakit ini semua. Derita ini semua. Aku mampu merasa bahagia sesaat dua. Kemudian datang ujian lagi pada aku.

Kenapa mereka tidak merasa seperti aku merasa.

Kemudian kawan aku datang. Beritahu "kau bersyukur Allah sentiasa bagi kau ujian tanpa henti. Sebab die sayang kau lebih. Orang lain kena berusaha mendapat sayang Allah. Tapi kau, Allah dah perhati kan kau dari kau lahir ke dunia. Tabah shahrul. Tabah. Ini baru sikit untuk kau. Ada besar lagi dugaan Allah nak bagi kau. Allah akan beri ujian pada hambaNYA yg kuat. Kau kuat. Sebab tu Allah bagi terbaik untuk kau..."

"sedang aku yang kuat tak mampu nak hadap macam kau hadap…"

Sunday, May 11, 2014

Selamat Tinggal dunia Pondan ku

Assalamualaikum.

"Selamat tinggal dunia Pondan ku."

Korang ingat aku ponda ke? maksud aku kat sini. Aku yang dulu adalah pondan. memberi hati pada seseorang dan bergantung hidup pada dia. Padahal aku tahu ada yang di Atas. Pelupa!
so aku ucapkan pada diri aku. "selamat Tinggal dunia Pondan ku"

Tuesday, May 6, 2014

Berubah

Doa Ku Untuk Mu
.
Berubah itu payah
Bila niat bukan kerana Allah
Bila hati masih gundah
Bila syaitan membisik mudah
.
Berubah itu payah
Bila diri masih tabah
Bila hati mula berubah
Bila manusia memandang rendah
.
Berubah itu payah
Bukan semudah berkata madah
Tapi sejauh mana kaki melangkah
Sekuat mana mengekalkan istiqamah
.
Berubah itu payah
Bila manusia tak henti menyalah
Bila teman sudah tak kisah
Bila teman disisi tiada sudah
.
Berubah itu payah
Namun segalanya tak susah
Mudah bila kerana Allah
Mudah bila kena pada kaedah
.
Berubahlah walau payah
Walau manusia sudah tak endah
Kerana ajal dijangka susah
Takut bila tak sempat berubah
Kelak akhirat merana tak sudah
.
Berubahlah
Segalanya pasti indah
Jika ikhlas kerana Allah
Segalanya punya hikmah
.
Berubahlah
Jika tidak dirimu parah
Kelak menyesal tak sudah
Jangan menyerah bila susah berubah
Kepada-Nya kita bersera
Di akhirat moga dikurnia Jannah
Insya-Allah ..." - from hamba Allah.

Tak payah nak tahu siapa. Baca je. Tak kira orang nyer,lelaki atau perempuan. BACA!