Tuesday, May 6, 2014

Berubah

Doa Ku Untuk Mu
.
Berubah itu payah
Bila niat bukan kerana Allah
Bila hati masih gundah
Bila syaitan membisik mudah
.
Berubah itu payah
Bila diri masih tabah
Bila hati mula berubah
Bila manusia memandang rendah
.
Berubah itu payah
Bukan semudah berkata madah
Tapi sejauh mana kaki melangkah
Sekuat mana mengekalkan istiqamah
.
Berubah itu payah
Bila manusia tak henti menyalah
Bila teman sudah tak kisah
Bila teman disisi tiada sudah
.
Berubah itu payah
Namun segalanya tak susah
Mudah bila kerana Allah
Mudah bila kena pada kaedah
.
Berubahlah walau payah
Walau manusia sudah tak endah
Kerana ajal dijangka susah
Takut bila tak sempat berubah
Kelak akhirat merana tak sudah
.
Berubahlah
Segalanya pasti indah
Jika ikhlas kerana Allah
Segalanya punya hikmah
.
Berubahlah
Jika tidak dirimu parah
Kelak menyesal tak sudah
Jangan menyerah bila susah berubah
Kepada-Nya kita bersera
Di akhirat moga dikurnia Jannah
Insya-Allah ..." - from hamba Allah.

Tak payah nak tahu siapa. Baca je. Tak kira orang nyer,lelaki atau perempuan. BACA!

No comments: