Tuesday, May 20, 2014

Marah itu sifat syaitan.

Marah itu macam api rasa nya. Bila kau marah. Badan akan panas, muka akan merah. Jantung kau akan berdegup laju. Fikiran jadi serabot.

Bila kau marah. Kau hilang semua. Hilang cara berfikir seperti manusia biasa. Kau berfikir macam binatang. Otak kau hilang kawalan. Fizikal kau hilang kawalan. Hati kau mati.

Syaitan mula berpesta melihat kau marah. Si sabar hilang tidak kau kenali. Manusia di hadapan kau perlu kau hapus kan. Syaitan berbisik. Otak memanipulasi kan. Dan fizikal badan kau bertindak.

Syaitan mula menari gembira. Akhirnya anak adam mengikut hasutan nya. Anak adam itu lupa pada istighfar dan tasbih Allah.

Dan mati.

Mati semua perasaan itu. Seperti orang itu mati. Dendam hilang berganti penyesalan. Baru aku tahu. Langit berdentum tanda Allah mahu memanah aku kerana aku khianati Nya.

Marah itu sifat nya syaitan. Bila kau ikut syaitan. Kau pun akan jadi macam syaitan. Ingat kalian, Allah Maha Adil. Biar orang buat kita. Jangan kita buat orang.

Pada kau,aku doa kan kau tak akan merasa bahagia dengan mana-mana perempuan selagi aku tak maaf kan kau. Kau akan rasa sakit yang aku rasa kini. Tapi, aku doa kan. Sakit kau lebih teruk dari aku.

"Allah dengar doa orang yang di khianati…"

No comments: