Saturday, June 28, 2014

Hye ramadhan.

Wats up ramadhan?? Allhamdulilah kite bertemu mengikat kasih bersama semula. Setelah lama kau pergi akhirnya kau datang kepadaku.

Hai ramadhan.

Kali ini aku terasa kelainan. Sungguh lain.
Tahun lepas aku menyambut mu dengan jeritan kesakitan ku seawal subuh. Tahun ni nampak nya aku menyambut mu dengan demam ringgan.

Ramadhan penyeri tahun. Kalau ade kat kolej ni. Aku dah dengar dah lagu raya berdendang dari kedai KawanMu tu. Macam- macam lah lagu raya. Plan berbuka dengan geng tininahdahrul. Plan berbuka dengan my ex. And everything. Haha.

for this ramadhan. Kerja, kerja, kerja,  kerja. Demam memang dah menyambut aku sebelum ramadhan lagi. Tahun lepas denggi. Syukur tahun ni demam biasa.

So, ramadhan. Macam biasa plan berbuka dengan tininahdahrul or mana-mana member akan ada jugak. Berlainan tahun ni, aku tak payah sesak kan otak nak berbuka dengan ex aku tu. Or nak layan karenah lapar die time kat bazaar.

Oh! Talk about bazaar. Ermm. WAJIB singgah bazaar kat puchong prima.. balik kerja singgah terus. Haha. *Tak terasa awal ke?*

Then… malam raya kalau tahun lepas dok mengadu domba kat ex. Now, malam raya aku pergi shopping giler katak. Muahaha!

Ramadhan bulan di mana jin and syaitan kena ikat. Nafsu je tinggal. Roh-roh dalam kubur sedang bergembira. Cuti dari seksaan kubur. Ada yang akan ke bumi melawat keluarganya. Aku harap opah and atok yang kat perak datang tengok cucu dia ni. Nenek and datuk di sabah yang tak pernah bersua muka datang lah tengok cucu yang asyik sakit je ni. Ahakss!

Pape hal pun. Salam ramadhan. Make your ramadhan be bless and fun.

Tuesday, June 24, 2014

Nasib perempuan

Nasib perempuan.

Lelaki nak bakal isterinya seorang yang lemah lembut.
Lelaki nak bini die seorang perempuan yang bertudung labuh,litup.
Lelaki nak bini die pandai masak, pandai jaga anak2. Bahasa lembut.
Lelaki nak bini yang penyayang. Penyabar tahap petala ke lapan.




Bila di soal

Habis perempuan yang tak pakai tudung macam mana??

Jawapan nya. "Ouh… kalau perempuan macam tu buat jadi enjoy boleh lah."

Habis perempuan yang pakai baju seksi2 macam mana??

Jawapan nya. "Pelepas sanggap je tu… nak buat bini memang tak lah. Aku dah try"

Habis yang panas baran tu?? Yang kasar tu??

Jawapan nya "ish!! Perempuan banyak lah kat dunia! Buat ape aku nak stay kat sorang perempuan giler macam tu?! "

Aku cakap "JAHANAM KAU!"

Okey. Kang kalau aku sembang lebih korang akan cakap,

"Salah perempuan! Sape suruh tak tutup aurat! Dedah sana,sini!"

"Perempuan yang salah tak jaga maruah diri!"

"Perempuan yang nak dirinya di rogol! "

"Sape yang mulakan mengoda! Perempuan! "

Semua perempuan lah?? Asal kau tak salah kan mak kau yang perempuan juga sebab lahirkan kau kat dunia?
Cakap aku kurang hajar? Whatever.

Lelaki, kau sedar diri tak??
Aku tak nak bash kau tau. Tapi, take a look first at yourself. Pergi cermin weh. Cermin.



Kau ingat lagi kau pernah layan anak pak dolah ?? Kau ngorat die. Sampai die jatuh cinta,jatuh katil kat kau. Tapi kau pergi nikah dengan siti yang berkelulusan ustazah. Dalam masa yang sama kau dah jahanam kan maruah anak pak dolah tu.
*Rekaan semata-mata*

Ape kau expect kat situ bro?? Kau dah jahanam kan anak dara orang, pahtu pergi cari gadis bertudung yang manis sampai kau kencing manis, lepastu nikah macam muka bahagia giler cadburry?? Siti bunuh diri sebab tertekan. Kau lelaki cakap die bodoh? Macam tu?



Bro, kau lelaki. Ada adik perempuan, ada kakak, bakal ada anak perempuan and bakal beristeri. Kau kena ingat. Benda yang kau buat pada perempuan lain akan terjadi jugak dalam hidup kau. Tak kira yang mana satu perempuan dalam hidup kau.


Perempuan seksi ke,
Panas baran ke,
Tak bertudung ke,
Kurang hajar ke,
Garang ke,
Manis ke,
Kelat je,
Tawar ke,

Die tetap perempuan. Die yang bakal mengandung benih kau. Tak kira siapa die. Tugas kau, TANGGUNG JAWAB  bukan ego bodoh kau!


Masa aku jumpe kau dulu banyak kekurangan. Tapi aku terima kerana aku berpegang pada ayat



"boleh jadi Allah menemukan kau pada seseorang yang tak sempurna supaya kau menyempurnakan nya "

Perempuan memang ramai sekarang. Lelaki kurang. Kau jangan tunjuk taring. Sebab itu petanda kecil kiamat. Bukan untuk kau naik kan ego haprak kau.

-sekian--

Friday, June 13, 2014

Bertuhan kan EGO

" sekali aku dah ludah. Aku tak kan jilat balik! "

Pernah dengar ayat orang macam ni? For sure pernah. Aku dulu pun pernah cakap macam ni. Then, kau tahu ape jadi lepas tu? Aku jilat balik ludah aku.

Kau tahu pasal ape? Sebab Allah tak suka umatNya ego! Allah turun kan ujian. Ujian sampai aku jilat balik ludah aku tu.

Nampak?

ego. Senang. Ego. Kau bertuhan kan Allah atau ego? Mesti jawab Allah. Kau tahu pasal apa? Pasal kau takut api neraka. Takut nanti org tuduh kau ni murtad. Takut nanti kehormatan orang pada kau hilang. Begau!

Cuba kau tengok diri kat cermin. Ade tompok dosa kan? Dosa itu pulak, kau tak nampak. Kau tahu sebab ape tak? Sebab kau ego!

Apa lahh yang kau dapat dari ego kau? Kemenangan? Penghormatan? Sanjungan?! Bahalol!

kau cuba sedar diri. Kau buat dosa. Dosa yang sama kau ulang setiap hari. Lepas tu, setiap hari kau minta Ampunn dekat Allah. Allah Maha Pengampun. Dia ampun kan dosa kau. Ada kau fikir?

Manusia lain buat salah kau buang dia macam hina sangat. Then die try buat baik tapi kau balas najis! Ape kau buat? Kau menang kan ego kau.

Woi! Kau bertuhan kan ego ke?! Esok lusa, ego tu yang akan jawab soalan malaikat dalam kubur?? Hebat kau! Hebat.

" tak semua manusia dalam dunia ni dapat peluang kedua"
Okey. Kau hampir-hampir accident . Alhamdulillah, kuasa Allah. Kau selamat. Itu bukan peluang kedua ke?
Lagi.
Kau kemalangan. Doktor cakap kau nyawa-nyawa ikan. Tapi kuasa Allah. Kau hidup seperti biasa.
Itu bukan peluang kedua ke?? 
SOooo? Ape kejadah nyer kau yang HAMBA ALLAH tak bagi manusia yang sama-sama HAMBA ALLAH dengan kau peluang kedua. ??

Aku tahu sebab ape. Sebab ego!
Aku pernah melalui fasa seorang wanita ego. Dan kau tahu sebab apa aku jadi ego. Sebab aku pendendam. Last Allah bagi aku peluang. Aku cube memperbetulkan peluang yang ada. Allahamdulilahh. Ego aku berkurangan. Walaupun aku terkandas. Tapi aku tahu. ALLAH tahu niat ego aku itu untuk ape.

Pesanan pada yang "kaki ludah xnak jilat balik" tak pe. Tak nak jilat balik tak pe. Tapi ludah lah di tempat yang sepatutnya. Supaya air liur yang kau ludah tu, boleh hilang dalam keadaan baik. Dan kauu.. tak perlu menjilat semula.

Assalamualaikumm.

Thursday, June 12, 2014

Lesson from Maleficent

Maleficent use to be a innocent girl. She fall in love with one boy. On her 16 birthday. Maleficent receive a kiss as the present. The truth love kiss. That what the boy said to her.

After a long time. The boy seems forget about her. But, maleficent didn't. She still waiting for him. Suddenly, when he come back to maleficent. He come with a plan. A plan to kill her. But, he fail to kill her. Then what happen next? He stole the wings from maleficent. 

She start to come over her life. Then, maleficent a girl with innocent face become to a devil fairy.

All because of the greedy ,egoism and betray from a man. Love is actually a sweet things ever. And love also make us feel alive. But when the person that we love is betraying us it's feel like, being dead while you still breathing.. appreciate the person that really love you. And don't ever trying to find someone who better than ourself. 



Sunday, June 1, 2014

Engkau lelaki. Ambil tahu.

Engkau lelaki. Ambil tahu yang perempuan di cipta kan bukan untuk pemuas nafsu lelaki kau. Bukan untuk menjadi hamba abdi kau. Bukan untuk menjadi pengasuh kau. Bukan untuk menjadi pelepas amarah kau. Bukan untuk di jadi kan alat mainan kau.

Ego kau tu bisa bawak ke syurga? Ego kau itu bisa memonopoli tanggungjawab yang kau pikul? Ego tu, kau boleh bawa masuk kubur? Ego engkau itu boleh membina keutuhan keluarga engkau di syurga?

Kalau ya. Engkau lelaki hebat. Hebat pada ego. Bukan pada diri kau.

Di setiap kejayaan kau. Siapa pendukung kau? Keringat yang mengalir, air mata yang tidak kering, dahi yang tidak henti berkerut kerisauan. Siapa dia??

Itulah wanita kau.
Ibu kau.
Isteri kau.
Kekasih kau.
Adik kau.
Kakak kau.

Dan siapa ego kau pada waktu kau mengelupur mencapai kejayaan??

Perempuan itu. Bukan sahaja penghias dunia. Tidak kira dia solehah atau tidak. Dia tetap perempuan. Jika aku persoal kan. Apa status wanita yg ada di sisi kau kini?

Mungkin ibu,
Mungkin adik,
Mungkin kakak,
Atau.
Mungkin isteri,
Mungkin juga kekasih kau.

Jika die kekasih kau. Adakah kau berniat untuk bernikah dengan dia?? Atau sekadar bahan tontonan kepada sahabat yang kau puja? Atau mungkin  pelempias nafsu kau??  atau kau jadikan dia pelepas amarah kau? Siapa dia pada kau?

apa selepas kau gauli nya. Lalu kau bosan, kau penat, kau lelah, kau marah, kau benci kau tinggalkan dia kemudian mencari yang lain. Dengan alasan kau "wanita kini banyak. Apa guna aku bergantung pada satu?" Jika dia isteri kau "dia akan dapat balasan payung emas di syurga nanti"

Hebat alasan lelaki mu itu. Hebat. Sehebat ego mu. Ego yang kau puja. Sahabat yang kau sanjung.

Dan wanita yang kau gauli itu kau tinggal kan.

Kau lupa keringat dia menjaga hati kau. Menjaga keperibadian kau.
Kau lupa air mata yang dia mengalirkan bersama kau.
Kau lupa dia menyanjung mu dalam diam walaupun dia tidak pernah pamerkan.

Engkau itu lelaki. Ego itu kuasa mu. Sahabat itu dunia mu. Tanggungjawab itu bukti kesanjungan kau.

Padahal. Kau lupa. Sebelum kau berjumpa dengan seorang wanita itu. Kau menganggap diri kau itu seakan kucing kurap di tepi jalan. Perempuan itu kutip kau. Bela kau. Bagi makan. Manja kan kau. Kutip najis kau. Membawa kau berjalan.

Dia tidak akan mengari kau. Kerana dia tahu. Kau ingin kan kebebasan.

Tapi..

Bila kau menjadi indah di mata manusia di luar sana. Kau mendesis pada perempuan itu, kau gigit dia, kau kencing di wajah nya. Lalu kau pergi.

Hebat dan perkasa kau lelaki.