Friday, June 13, 2014

Bertuhan kan EGO

" sekali aku dah ludah. Aku tak kan jilat balik! "

Pernah dengar ayat orang macam ni? For sure pernah. Aku dulu pun pernah cakap macam ni. Then, kau tahu ape jadi lepas tu? Aku jilat balik ludah aku.

Kau tahu pasal ape? Sebab Allah tak suka umatNya ego! Allah turun kan ujian. Ujian sampai aku jilat balik ludah aku tu.

Nampak?

ego. Senang. Ego. Kau bertuhan kan Allah atau ego? Mesti jawab Allah. Kau tahu pasal apa? Pasal kau takut api neraka. Takut nanti org tuduh kau ni murtad. Takut nanti kehormatan orang pada kau hilang. Begau!

Cuba kau tengok diri kat cermin. Ade tompok dosa kan? Dosa itu pulak, kau tak nampak. Kau tahu sebab ape tak? Sebab kau ego!

Apa lahh yang kau dapat dari ego kau? Kemenangan? Penghormatan? Sanjungan?! Bahalol!

kau cuba sedar diri. Kau buat dosa. Dosa yang sama kau ulang setiap hari. Lepas tu, setiap hari kau minta Ampunn dekat Allah. Allah Maha Pengampun. Dia ampun kan dosa kau. Ada kau fikir?

Manusia lain buat salah kau buang dia macam hina sangat. Then die try buat baik tapi kau balas najis! Ape kau buat? Kau menang kan ego kau.

Woi! Kau bertuhan kan ego ke?! Esok lusa, ego tu yang akan jawab soalan malaikat dalam kubur?? Hebat kau! Hebat.

" tak semua manusia dalam dunia ni dapat peluang kedua"
Okey. Kau hampir-hampir accident . Alhamdulillah, kuasa Allah. Kau selamat. Itu bukan peluang kedua ke?
Lagi.
Kau kemalangan. Doktor cakap kau nyawa-nyawa ikan. Tapi kuasa Allah. Kau hidup seperti biasa.
Itu bukan peluang kedua ke?? 
SOooo? Ape kejadah nyer kau yang HAMBA ALLAH tak bagi manusia yang sama-sama HAMBA ALLAH dengan kau peluang kedua. ??

Aku tahu sebab ape. Sebab ego!
Aku pernah melalui fasa seorang wanita ego. Dan kau tahu sebab apa aku jadi ego. Sebab aku pendendam. Last Allah bagi aku peluang. Aku cube memperbetulkan peluang yang ada. Allahamdulilahh. Ego aku berkurangan. Walaupun aku terkandas. Tapi aku tahu. ALLAH tahu niat ego aku itu untuk ape.

Pesanan pada yang "kaki ludah xnak jilat balik" tak pe. Tak nak jilat balik tak pe. Tapi ludah lah di tempat yang sepatutnya. Supaya air liur yang kau ludah tu, boleh hilang dalam keadaan baik. Dan kauu.. tak perlu menjilat semula.

Assalamualaikumm.

No comments: