Sunday, June 1, 2014

Engkau lelaki. Ambil tahu.

Engkau lelaki. Ambil tahu yang perempuan di cipta kan bukan untuk pemuas nafsu lelaki kau. Bukan untuk menjadi hamba abdi kau. Bukan untuk menjadi pengasuh kau. Bukan untuk menjadi pelepas amarah kau. Bukan untuk di jadi kan alat mainan kau.

Ego kau tu bisa bawak ke syurga? Ego kau itu bisa memonopoli tanggungjawab yang kau pikul? Ego tu, kau boleh bawa masuk kubur? Ego engkau itu boleh membina keutuhan keluarga engkau di syurga?

Kalau ya. Engkau lelaki hebat. Hebat pada ego. Bukan pada diri kau.

Di setiap kejayaan kau. Siapa pendukung kau? Keringat yang mengalir, air mata yang tidak kering, dahi yang tidak henti berkerut kerisauan. Siapa dia??

Itulah wanita kau.
Ibu kau.
Isteri kau.
Kekasih kau.
Adik kau.
Kakak kau.

Dan siapa ego kau pada waktu kau mengelupur mencapai kejayaan??

Perempuan itu. Bukan sahaja penghias dunia. Tidak kira dia solehah atau tidak. Dia tetap perempuan. Jika aku persoal kan. Apa status wanita yg ada di sisi kau kini?

Mungkin ibu,
Mungkin adik,
Mungkin kakak,
Atau.
Mungkin isteri,
Mungkin juga kekasih kau.

Jika die kekasih kau. Adakah kau berniat untuk bernikah dengan dia?? Atau sekadar bahan tontonan kepada sahabat yang kau puja? Atau mungkin  pelempias nafsu kau??  atau kau jadikan dia pelepas amarah kau? Siapa dia pada kau?

apa selepas kau gauli nya. Lalu kau bosan, kau penat, kau lelah, kau marah, kau benci kau tinggalkan dia kemudian mencari yang lain. Dengan alasan kau "wanita kini banyak. Apa guna aku bergantung pada satu?" Jika dia isteri kau "dia akan dapat balasan payung emas di syurga nanti"

Hebat alasan lelaki mu itu. Hebat. Sehebat ego mu. Ego yang kau puja. Sahabat yang kau sanjung.

Dan wanita yang kau gauli itu kau tinggal kan.

Kau lupa keringat dia menjaga hati kau. Menjaga keperibadian kau.
Kau lupa air mata yang dia mengalirkan bersama kau.
Kau lupa dia menyanjung mu dalam diam walaupun dia tidak pernah pamerkan.

Engkau itu lelaki. Ego itu kuasa mu. Sahabat itu dunia mu. Tanggungjawab itu bukti kesanjungan kau.

Padahal. Kau lupa. Sebelum kau berjumpa dengan seorang wanita itu. Kau menganggap diri kau itu seakan kucing kurap di tepi jalan. Perempuan itu kutip kau. Bela kau. Bagi makan. Manja kan kau. Kutip najis kau. Membawa kau berjalan.

Dia tidak akan mengari kau. Kerana dia tahu. Kau ingin kan kebebasan.

Tapi..

Bila kau menjadi indah di mata manusia di luar sana. Kau mendesis pada perempuan itu, kau gigit dia, kau kencing di wajah nya. Lalu kau pergi.

Hebat dan perkasa kau lelaki.

No comments: