Tuesday, June 24, 2014

Nasib perempuan

Nasib perempuan.

Lelaki nak bakal isterinya seorang yang lemah lembut.
Lelaki nak bini die seorang perempuan yang bertudung labuh,litup.
Lelaki nak bini die pandai masak, pandai jaga anak2. Bahasa lembut.
Lelaki nak bini yang penyayang. Penyabar tahap petala ke lapan.




Bila di soal

Habis perempuan yang tak pakai tudung macam mana??

Jawapan nya. "Ouh… kalau perempuan macam tu buat jadi enjoy boleh lah."

Habis perempuan yang pakai baju seksi2 macam mana??

Jawapan nya. "Pelepas sanggap je tu… nak buat bini memang tak lah. Aku dah try"

Habis yang panas baran tu?? Yang kasar tu??

Jawapan nya "ish!! Perempuan banyak lah kat dunia! Buat ape aku nak stay kat sorang perempuan giler macam tu?! "

Aku cakap "JAHANAM KAU!"

Okey. Kang kalau aku sembang lebih korang akan cakap,

"Salah perempuan! Sape suruh tak tutup aurat! Dedah sana,sini!"

"Perempuan yang salah tak jaga maruah diri!"

"Perempuan yang nak dirinya di rogol! "

"Sape yang mulakan mengoda! Perempuan! "

Semua perempuan lah?? Asal kau tak salah kan mak kau yang perempuan juga sebab lahirkan kau kat dunia?
Cakap aku kurang hajar? Whatever.

Lelaki, kau sedar diri tak??
Aku tak nak bash kau tau. Tapi, take a look first at yourself. Pergi cermin weh. Cermin.



Kau ingat lagi kau pernah layan anak pak dolah ?? Kau ngorat die. Sampai die jatuh cinta,jatuh katil kat kau. Tapi kau pergi nikah dengan siti yang berkelulusan ustazah. Dalam masa yang sama kau dah jahanam kan maruah anak pak dolah tu.
*Rekaan semata-mata*

Ape kau expect kat situ bro?? Kau dah jahanam kan anak dara orang, pahtu pergi cari gadis bertudung yang manis sampai kau kencing manis, lepastu nikah macam muka bahagia giler cadburry?? Siti bunuh diri sebab tertekan. Kau lelaki cakap die bodoh? Macam tu?



Bro, kau lelaki. Ada adik perempuan, ada kakak, bakal ada anak perempuan and bakal beristeri. Kau kena ingat. Benda yang kau buat pada perempuan lain akan terjadi jugak dalam hidup kau. Tak kira yang mana satu perempuan dalam hidup kau.


Perempuan seksi ke,
Panas baran ke,
Tak bertudung ke,
Kurang hajar ke,
Garang ke,
Manis ke,
Kelat je,
Tawar ke,

Die tetap perempuan. Die yang bakal mengandung benih kau. Tak kira siapa die. Tugas kau, TANGGUNG JAWAB  bukan ego bodoh kau!


Masa aku jumpe kau dulu banyak kekurangan. Tapi aku terima kerana aku berpegang pada ayat



"boleh jadi Allah menemukan kau pada seseorang yang tak sempurna supaya kau menyempurnakan nya "

Perempuan memang ramai sekarang. Lelaki kurang. Kau jangan tunjuk taring. Sebab itu petanda kecil kiamat. Bukan untuk kau naik kan ego haprak kau.

-sekian--

No comments: