Monday, September 29, 2014

Siapa tuhan mu?

Di kala manusia mengatakan kau ego, kau turun kan sedikit untuk menyenangkan mereka.

Di kala manusia mengatakan kau amarah sang api,
Lalu kau melumpuhkan api dengan air setenang tasik dalam.

Di kala manusia mengatakan kau bodoh,
Kau genggam ilmu di tangan sehingga jadi bara api kesumat.

Di kala manusia memperjudikan maruah kau,
Kau mencuba menarik selimut sang pelangi ke tubuh. Bagi kelihatan indah di mata manusia.

Bodoh apa engkau? Bodoh apa manusia itu?


Engkau pasti dengan keputusan engkau itu?
Ahhh! Persetankan kata manusia itu. Dia bodoh. Dia bukan Tuhan.


Dan siapa Tuhan mu?
Duit.
Dan siapa Tuhan mu?
Ego.
Dan siapa Tuhan mu?
Kekayaan.


Dan kerana wang itu Tuhan mu. Kau lupa kau dari secalit tanah lumpuh di kaki engkau itu.

Bangsat!

Aku ini kalangan orang kaya tidak sekali aku di cipta kan dari tanah secalit ini.


Celaka lah engkau kerana menolak ajaranNya.

Dan kau hebahkan ego kau. Berkata Tuhan beri aku ego kerana aku lelaki berkuasa. Syurga engkau di kaki aku.

Sujud lah perempuan ku!


Bangang! Tuhan perempuan itu mencipta kan mereka bukan untuk sujud di kaki engkau! Dia itu di wujud kan untuk melengkap hidup engkau. Menampal kelemahan engkau. Durjana engkau!



Akan engkau kuburkan diri engkau di keranda bertahta berlian dan emas. Kerana Tuhan engkau mahu engkau mati bersama kekayaan engkau. Akan engkau di tanam bersama emas dan permata yang engkau sujud.

Buta mata kau. Emas dan permata itu hanya hiasan yang Tuhan aku bagi untuk menundukan kau bersyukur pada Dia.
Malang, kau bersujud pada kekayaan dunia. Bodoh kalian itu.




Manusia..
Engkau hamba.
Engkau di cipta kan dengan tanah yang engkau pijak.
Engkau itu sempurna semua nya.
Engkau itu hamba.

Aku hamba? Hamba pada apa?!





Hamba pada Allah swt.
:)