Monday, October 24, 2016

I hope

I hope you know. 

That I still miss you. 

And all our memories together. 

Thank you for making me happy eventho for a while. 

Sunday, October 2, 2016

-cerai-

Kalau parents yg mmg dri kecik tgk kita membesar, faham dah setiap cara kita. Bila die marah or nasihat benda yg salah. Kita akan memberontak sb tu ape yg kita suka. Tp dorg tak pernah jemu utk nasihat dan marah kau smpai kau hadam benda tu dan terima nasihat dorg. Akhirnya,  kau sendiri amik keputusan untuk berubah atas usaha nasihat and marah parents kau ni. 

Bila kahwin, suami adalah org yg kita kena patuh setiap tutur kata dia. Kehendak dia semua kau kena patuh.  Kau tak boleh lawan.  Sb syurga kau di bwah tapak kaki dia. 

Tapi,  boleh kah dia sesabar parents kita untuk terus nasihat kita tanpa jemu? 

Suami. 

Dia orang luar.  Dia tak tau macam mana kau di lahirkan.  Macam mana rupa kau masa di lahirkan.  Macam mana kau cuba untuk mengingatkan diri kau nama kau siapa.  Dan dia jugak tak tau macam mana reaksi kau untuk tiap kali orang mengaju kan soalan "nama siapa? "

Die juga. 
Tak tau macam mana kau bila dh memberontak benda yg kau tak suka die paksa untuk suka kan.  Perkara yg kau benci untuk buat kan.  Kau terpaksa buat kan. 

Sama juga kita. 
Aku sendiri tidak tahu macam mana dia tertanya soal baligh lelaki seusia dia bagaimana? 
Aku jugak tidak pernah melihat die jatuh bangun tika baru belajar berjalan. 
Tidak jugak aku. 

Boleh ke dia tanpa alasan untuk terus menasihati aku untuk terus jadi terbaik? 
Lafaz " insyaAllah saya akan jadi suami yang terbaik utk awk.  Bimbing awk ke jalan yg benar smpai akhirat. "

Lepas tahu aku jenis kentut merata dan jenis tidur mengigau teruk. Jenis suka korek idung sental kat dinding. Tak kira lagi Jenis suka sendawa kuat tak kira tempat.

 
Lima tahun lepas tu.  . . . .

-cerai-

Tuesday, June 14, 2016

Tahun

Aku ada 7 tahun sebelum umur aku 30. Cukup ke 7 tahun tu untuk aku capai apa yang aku nak?
Dan pasti ke, aku akan hidup sihat sepanjang 7 tahun tu.
Dan pasti ke cukup 7 tahun tu atau mungkin 5,6 tahun aku dah kiok.
Nampak nya aku banyak bermain dengan masa. Ermmm.
Banyak membuang masa dengan soal bodoh yang aku masih kenang kan.
Banyak perkara sia2 yang aku utamakan.
And ibadah aku masih kelaut.
Doa qunut aku masih sekerat.
Iman aku masih senang tergugat.
Doa lepas solat aku masih bahasa lagi.
Arab yang aku tahu "assalamualaikum"
Ilmu yang ku fasih masih di Alif, Ba, Ta.
Cukup ke?
Aku masih belum cuba bermain pasir off road.
Bermain corner dengan motor bike.
Mencapai kebahagian bawak mak ke sana.
Membeli ford?
Membeli rumah?
Jongkong emas yang aku mahu bila nak jadi dlm gengaman aku?
Motor idaman aku?
Mempunyai restoran sendiri?
Aku ni. Banyak angan2 mak jenin jee.
Ape nak jadi ni?!
Bencik betol!
-.-!

Monday, June 13, 2016

Siapa yang tak nak kahwin wehhhh.

Cube kau tanya mana-mana orang
Siapa yang tak suka kawen? Sebut pasal kawen haaaa. Anak cik kiah yg hujung kampung boleh datang rumah semata-mata nak dengar cerita kawen anak cik jah ni haa. 

Seronok.
Memang seronok.

Bila kau dah ade semangat and impian untuk majlis perkahwinan kau semua. Kau terus kan. Usaha kan untuk dapatkan majlis perkahwinan macam tu. Bukan hangat2 tahi ayam.


Tapi bila kau dah semangat.  And tetibe benda tu jadi macam hancur. Hilang terus semangat tu. 

Bersilih ganti orang pun belum tentu semangat tu ada balik

Thursday, June 2, 2016

Masa yang tepat.

Maaf.
Aku menunggu satu detik.
Pasti tertanya detik apakah itu?

Detik di mana kifarah untuk kau. Akan datang kena pada masa, waktu, saat yang betul-betul sesuai untuk apa kau buat atas aku.

Hidup ini ade pasang surut. Kau jahat. Sampai tiada kata maaf terluah.

Pergi.

Friday, March 4, 2016

Sepi sangat sepi.

Blog ku bertiup habuk dan usang di mamah tahun tanpa aku sentuh menanya khabar berita.

Apa khabar kalian.

Maju lagi kah kita? Ada yang sudah sukses barang kali..
Mungkin juga ada yang sudah bahagia dan menempuh dugaan berumah tangga.

Tahniah buat anda yg sukses
Dan kau yang jatuh.

Jangan jatuh lama2. Takut kaki kau dh mula longlai.
Berterbang semangat parajuwi kau.
Tabah.
Jatuh biar kan jatuh. Tapi kau harus ingat.
Ada yang sedang gelak kan kau sekarang. Sebab kau jatuh. Kau tengok. Die sedang senyum, ketawa dekah-dekah melihat kau jatuh tak terbangun-bangun.

Aku pasti kau faham itu.

Bahasa aku tinggi sangat kah? Mungkin tidak. Cukup untuk menjentik hati sesiapa membaca.

Selamat marjuna 2016.

Assalamualaikum si kaki longlai.