Friday, March 4, 2016

Sepi sangat sepi.

Blog ku bertiup habuk dan usang di mamah tahun tanpa aku sentuh menanya khabar berita.

Apa khabar kalian.

Maju lagi kah kita? Ada yang sudah sukses barang kali..
Mungkin juga ada yang sudah bahagia dan menempuh dugaan berumah tangga.

Tahniah buat anda yg sukses
Dan kau yang jatuh.

Jangan jatuh lama2. Takut kaki kau dh mula longlai.
Berterbang semangat parajuwi kau.
Tabah.
Jatuh biar kan jatuh. Tapi kau harus ingat.
Ada yang sedang gelak kan kau sekarang. Sebab kau jatuh. Kau tengok. Die sedang senyum, ketawa dekah-dekah melihat kau jatuh tak terbangun-bangun.

Aku pasti kau faham itu.

Bahasa aku tinggi sangat kah? Mungkin tidak. Cukup untuk menjentik hati sesiapa membaca.

Selamat marjuna 2016.

Assalamualaikum si kaki longlai.

No comments: