Tuesday, June 14, 2016

Tahun

Aku ada 7 tahun sebelum umur aku 30. Cukup ke 7 tahun tu untuk aku capai apa yang aku nak?
Dan pasti ke, aku akan hidup sihat sepanjang 7 tahun tu.
Dan pasti ke cukup 7 tahun tu atau mungkin 5,6 tahun aku dah kiok.
Nampak nya aku banyak bermain dengan masa. Ermmm.
Banyak membuang masa dengan soal bodoh yang aku masih kenang kan.
Banyak perkara sia2 yang aku utamakan.
And ibadah aku masih kelaut.
Doa qunut aku masih sekerat.
Iman aku masih senang tergugat.
Doa lepas solat aku masih bahasa lagi.
Arab yang aku tahu "assalamualaikum"
Ilmu yang ku fasih masih di Alif, Ba, Ta.
Cukup ke?
Aku masih belum cuba bermain pasir off road.
Bermain corner dengan motor bike.
Mencapai kebahagian bawak mak ke sana.
Membeli ford?
Membeli rumah?
Jongkong emas yang aku mahu bila nak jadi dlm gengaman aku?
Motor idaman aku?
Mempunyai restoran sendiri?
Aku ni. Banyak angan2 mak jenin jee.
Ape nak jadi ni?!
Bencik betol!
-.-!

Monday, June 13, 2016

Siapa yang tak nak kahwin wehhhh.

Cube kau tanya mana-mana orang
Siapa yang tak suka kawen? Sebut pasal kawen haaaa. Anak cik kiah yg hujung kampung boleh datang rumah semata-mata nak dengar cerita kawen anak cik jah ni haa. 

Seronok.
Memang seronok.

Bila kau dah ade semangat and impian untuk majlis perkahwinan kau semua. Kau terus kan. Usaha kan untuk dapatkan majlis perkahwinan macam tu. Bukan hangat2 tahi ayam.


Tapi bila kau dah semangat.  And tetibe benda tu jadi macam hancur. Hilang terus semangat tu. 

Bersilih ganti orang pun belum tentu semangat tu ada balik

Thursday, June 2, 2016

Masa yang tepat.

Maaf.
Aku menunggu satu detik.
Pasti tertanya detik apakah itu?

Detik di mana kifarah untuk kau. Akan datang kena pada masa, waktu, saat yang betul-betul sesuai untuk apa kau buat atas aku.

Hidup ini ade pasang surut. Kau jahat. Sampai tiada kata maaf terluah.

Pergi.