Friday, April 21, 2017

Monday, March 20, 2017

Sepintas lalu

Bace novel hasil tulisan si Hlovate tu buat aku rasa macam campak ke zaman aku masih tak kenal dugaan sebenar jadi wanita. 

Buat aku teringat betapa panjang nya angan2 aku untuk dapatkan seorang lelaki yang betul2 boleh bahagia kan kita. 

Bila baca balik usia sekarang ni.  Buat aku terfikir.  Betapa suci nya otak aku masa zaman tu.  Betapa suci nya harapan aku masa tu. 

Beza betul dengan sekarang ni yang dah macam tak ada perasaan.  Dah nak mati perasaan tu.  Sebab dah banyak kali di tipu dan di khianat.  .
Dah rasa macam si hlovate ni sekadar berangan je lebih dari kenyataan hidup sebenar. 

Kenyataan nya. 

Dugaan hidup orang tu berlainan.  Mana nak sama semua. Cara kita lalui dugaan tu tak sama. 

Faham?

Feel mengharap kan lelaki yang baik konon nya.  Akan sabar dengan perangai setan aku ni.  Masih bersisa. 
Macam dah serik bila baik sebelum ade ikatan sah.  Rugi nya bila dah sulam perasaan sebelum nikah.  Sebab org tu belum tentu jadi jodoh kita dunia and akhirat.

Ternayata novel ni kadang buat kita berangan jauh dari realiti hidup sebenar.  Mungkin sebab tu aku dah mula membaca realiti hidup sesorang dan pengalaman hidup sesorang. 

" Kita tak kenal lelaki tu selagi tak duduk sebumbung,  tido sebantal,  minum secawan,  makan sepinggan. "

Sampai bila2 aku akan pegang kata2 ni walaupun lelaki tu cakap "ini lah saya yg awak tengok.  Tak ada lain.  " ..

Aku masih belom percaya. 

Tolong jangan sangka buruk.